Gol Cunha jejas misi kejuaraan Arsenal

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Gol Cunha jejas misi kejuaraan Arsenal

Jan 26, 2026 | 2:26 PM

Gol Cunha jejas misi kejuaraan Arsenal

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
EPL, Cunha, Manchester, Arsenal
Matheus Cunha (kiri) meraikan gol lewat untuk menumpaskan Arsenal 3-2 dalam perlawanan Liga Perdana England (EPL) pada 25 Januari. - Foto REUTERS

LONDON: Merangkul gelaran juara Liga Perdana England (EPL) bukanlah sasaran yang mudah, dan Arsenal menerima peringatan pahit terhadap hakikat itu pada 25 Januari apabila tewas 2-3 di kubu sendiri kepada Manchester United.

Selain kalah buat kali pertama di kubu sendiri bagi musim 2025/26, kekalahan itu meningkatkan kegelisahan Arsenal.

Pada beberapa detik musim EPL 2025/26, pasukan kendalian Mikel Arteta tampak seolah-olah mampu meninggalkan pencabar lain apabila mereka muncul sebagai pendahulu EPL dengan prestasi memberangsangkan.

Kelebihan mata Arsenal pula kelihatan semakin kukuh apabila juara bertahan, Liverpool, masih terus bergelut, manakala Manchester City tidak lagi tampil sebagai kuasa dominan seperti musim-musim sebelumnya.

Lantas, Arsenal sebenarnya berpeluang membina kelebihan lebih besar dalam usaha memburu kejuaraan EPL yang pertama dalam tempoh 22 tahun, selepas gelaran itu terlepas daripada genggaman buat beberapa kali.

Namun, hakikatnya Arsenal hanya mampu mengutip dua mata daripada tiga perlawanan terakhir, sekali gus menyaksikan kelebihan mereka merosot kepada empat mata sahaja, dengan 15 lagi perlawanan sebelum musim EPL berakhir.

Sementara Arteta dan anak didiknya semakin gelisah, United meraikan kemenangan EPL yang pertama di Stadium Emirates sejak 2017, hasil gol hebat oleh Patrick Dorgu dan Matheus Cunha dalam separuh masa kedua.

“Kami perlu melalui detik-detik seperti ini jika mahu menjadi juara,” kata Arteta.

“Ia tidak realistik untuk memenangi setiap perlawanan yang disertai. Jurang perbezaannya sangat tipis, dan ia menjadi lebih kecil lagi selepas kekalahan ini disebabkan cara kami melaksanakan beberapa perkara,” tambahnya.

Arteta menegaskan bahawa sudah tiba masa untuk pasukannya bangkit dan membuktikan kemampuan yang sebenar.

Kapten Arsenal, Martin Odegaard, kecewa dengan persembahan mereka ketika menentang United.

Berkongsi sentimen itu ialah Patrick Vieira, kapten yang pernah memimpin skuad Arsenal kepada gelaran EPL yang terakhir pada 2004, sambil menambah bahawa Arsenal perlu menguasai kemahiran asas.

“Mereka perlu mempamerkan kemahiran masing-masing, bermain dengan lebih bebas dan berani mara ke hadapan. Terlalu ramai pemain gagal mempamerkan prestasi yang terbaik kali ini,” kata Vieira kepada agensi berita, Sky Sports.

Beliau menambah: “Ini merupakan perlawanan yang wajib dimenangi. Mereka perlu menghantar isyarat yang jelas kepada pasukan lain dalam EPL.”

Tidak boleh dinafikan bahawa Arsenal telah menghasilkan prestasi yang cemerlang sejauh ini.

Arsenal masih berada di landasan yang baik untuk merangkul empat trofi – EPL, Piala Carabao, Piala FA dan Liga Juara-Juara.

Arsenal kini mempunyai kelebihan ke atas Chelsea dalam peringkat separuh akhir Piala Carabao, dan berjaya mara ke pusingan keempat Piala FA.

Arsenal berpeluang melengkapkan rekod sempurna dalam fasa liga Liga Juara-Juara jika mereka berjaya mengatasi pasukan kerdil, Kairat Almaty, pada 29 Januari.

Kemudian, mereka perlu berdepan dengan ujian lebih getir pada 31 Januari apabila bertandang ke kubu Leeds United dalam saingan EPL. – Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg