Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Gol Lucas bantu Liverpool menang tipis

Jan 19, 2017 | 07:40 AM



LONDON - Lucas menamatkan kemarau gol sejak 2010 sementara Divock Origi terlepas sepakan penalti semasa Liverpool menewaskan pasukan Plymouth Argyle 1-0 dalam perlawanan ulangan pusingan ketiga Piala FA pada Rabu (18 Jan).



Setelah seri tanpa jaringan di Anfield 10 hari lalu, Liverpool sekali lagi mendapati Plymouth menjadi lawan yang degil.



Lucas menanduk masuk dari satu sudut pada awal permainan. Plymouth mengecewakan pengunjung Liga Perdana Inggeris hampir sepanjang perlawanan dan malah hampir menyamakan kedudukan melalui percubaan Jake Jervis.



Origi mensia-siakan penalti dengan tendangan lemah yang diselamatkan penjaga gol Plymouth Luke McCormick pada minit ke-86.



Pasukan pimpinan Juergen Klopp itu akan menghadapi Wolverhampton Wanderers pada pusingan keempat.



Sementara itu, penyerang Southampton Shane Long menjaringkan gol pada masa kecederaan untuk memastikan kemenangan 1-0 ke atas kelab Norwich City.



Dalam perlawanan lain, Newcastle pula menumpaskan Birmingham City 3-1. - Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >