SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Gol sendiri Porto bantu Forest selangkah ke separuh akhir Liga Europa

Gol sendiri Porto bantu Forest selangkah ke separuh akhir Liga Europa

Pemain pertahanan Porto sepak bola ke gawang sendiri dari jarak 40 meter
Apr 10, 2026 | 12:56 PM

Gol sendiri Porto bantu Forest selangkah ke separuh akhir Liga Europa

Pemain Portugal Borja Sainz (kiri) dan penyerang Nottingham Forest, Igor Jesus, cuba menanduk bola dalam perlawanan suku akhir pertama Liga Europa di Stadium Dragao di Porto, pada 9 April 2026.
Pemain Portugal Borja Sainz (kiri) dan penyerang Nottingham Forest, Igor Jesus, cuba menanduk bola dalam perlawanan suku akhir pertama Liga Europa di Stadium Dragao di Porto, pada 9 April 2026. - Foto AFP

PORTUGAL: Gol yang disumbat sendiri oleh Martim Fernandes boleh membantu Nottingham Forest untuk ke separuh akhir Liga Europa buat pertama kali dalam tempoh lebih 40 tahun.

Pemain pertahanan Porto FC itu menyepak bola ke gawang sendiri dari jarak 40 meter dengan penjaga gol Diogo Gomes tidak sempat menyelamatkannya.

Ia memberi laluan kepada Forest untuk kembali bersaing di Portugal sedang pasukan tuan rumah pada awalnya mengancam untuk mengawal sepenuhnya perlawanan suku akhir pertama Liga Europa itu. Perlawanan itu berakhir dengan keputusan seri 1-1.

“Ia sebahagian daripada perlawanan, ia adat permainan. Terdapat sedikit tekanan dan sedikit kegagalan dalam komunikasi mereka jadi kami akhirnya meraih gol percuma,” kata pengurus Forest, Vitor Pereira.

Kini, kemenangan di padang Forest di City Ground akan membawa kelab itu ke peringkat separuh akhir Eropah pertama mereka sejak 1984.

Gol Igor Jesus dibatalkan selepas rehat, setelah bertembung dengan penjaga gol, manakala tendangan cantik Ortega menafikan percubaan kedua William Gomes.

Ini bermakna Pereira, yang memenangi dua gelaran bersama Porto, kembali ke Estadio do Dragao untuk meraih keputusan penting selepas membuat sembilan pertukaran – termasuk memasukkan Chris Wood, setelah penyerang itu kembali cergas selepas enam bulan tidak turun padang.

Forest kekal dalam persaingan mengelakkan penyingkiran Liga Perdana England (EPL), tiga mata di atas zon bahaya, dengan pasukan Pereira bakal bertemu Villa pada 12 April.

“Kami perlu menukar beberapa pemain. Dalam masa dua setengah hari lagi kami akan bermain menentang Aston Villa dan saya perlu memikirkannya,” katanya.

“Jika kami pasti dalam EPL, kami akan bercakap tentang perlawanan lain tetapi saya berpuas hati dengan keputusan ini, pemain telah memberikan yang terbaik, mereka memastikan ia terbuka dan kami akan lihat apa yang boleh kami lakukan minggu depan.

“Kami bermain untuk kekal dalam EPL dan persaingan ini perlu diambil dengan sangat serius. Saya perlu bertanggungjawab dan kami perlu menambah mata secepat mungkin untuk kekal dalam EPL,” tambahnya.

Pemilihan Pereira dipersoalkan setelah beliau membuat sembilan perubahan pemain termasuk memilih Chris Woods yang baru pulih dari kecederaan.

Pada wisel penamat, rancangan ketua jurulatih berjalan dengan sempurna apabila Forest meraih keputusan seri yang mengagumkan di Estadio do Dragao untuk memasuki perlawanan kedua minggu depan di City Ground. – Agensi berita.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg