Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Grace Fu dilantik Presiden SNOC

Jan 5, 2024 | 8:34 PM
DILANTIK PRESIDEN: Menteri Kemampanan dan Sekitaran, Cik Grace Fu, telah dilantik sebagai Presiden Majlis Olimpik Kebangsaan Singapura (SNOC).
DILANTIK PRESIDEN: Menteri Kemampanan dan Sekitaran, Cik Grace Fu, telah dilantik sebagai Presiden Majlis Olimpik Kebangsaan Singapura (SNOC). - Foto SNOC

Menteri Kemampanan dan Sekitaran, Cik Grace Fu, telah dilantik sebagai Presiden Majlis Olimpik Kebangsaan Singapura (SNOC) tanpa bertanding.

Beliau dilantik dalam satu mesyuarat agung luar biasa (EOGM) yang diadakan pada 5 Januari di Hab Sukan Singapura.

EOGM tersebut diadakan dengan kehadiran 141 perwakilan mewakili 42 ahli biasa, dua ahli bersekutu, dan lima ahli sementara.

Cik Fu mengambil alih tampuk kepimpinan daripada Pemangku Presiden, Cik Jessie Phua, yang kini akan menyambung semula tugasnya sebagai Naib Presiden.

Cik Fu telah dipilih bersama untuk berkhidmat dengan Jawatankuasa Eksekutif SNOC pada Oktober 2023. Beliau akan memegang jawatan sebagai Presiden untuk penggal berakhir 2026, menurut kenyataan SNOC.

“Saya berterima kasih atas keistimewaan berkhidmat kepada SNOC dan Pergerakan Olimpik. Saya berharap kita boleh terus bekerjasama dengan NSA (Persatuan Sukan Nasional) dan pihak berkepentingan untuk merealisasikan potensi atlet kita untuk membawa sukan Singapura ke tahap lebih tinggi dan terus mencipta peluang bagi atlet kita mewakili Singapura di Sukan utama,” kata Cik Fu.

Cik Fu pernah dilantik untuk menyelia agenda sukan negara dari 2015 hingga 2020 semasa beliau berkhidmat sebagai Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg