Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Rekod biasiswa $1.25j diagih kepada 478 atlet

99 penerima Biasiswa Yayasan Olimpik Singapura (SOF)-Peter Lim berusia 18 tahun dan ke bawah
Jul 10, 2023 | 06:31 PM



Sokongan kewangan $1.25 juta telah diberikan kepada 478 atlet Singapura daripada 37 sukan yang menerima Biasiswa Yayasan Olimpik Singapura (SOF)-Peter Lim pada Isnin, iaitu jumlah pengagihan terbesar biasiswa sukan itu.

Penganugerahan biasiswa tahun ini juga menyaksikan seramai 99 penerima berusia 18 tahun dan ke bawah – yang juga merupakan rekod tertingginya – dalam sejarah biasiswa tahunan yang diperkenalkan pada 2010.

Sepanjang 13 tahun ia diadakan bagi menyokong pembangunan sukan Singapura, Biasiswa SOF-Peter Lim sejauh ini telah menganugerahkan 4,519 biasiswa bernilai $10.45 juta kepada atlet.

Satu majlis penyampaian Biasiswa SOF-Peter Lim bagi kumpulan penerima tahun ini telah diadakan di Pusat Persidangan Temasek di Politeknik Temasek pada petang Isnin.

Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia, Encik Edwin Tong, dalam ucapannya semasa acara itu, berkata: “Semua orang memainkan peranan dalam perjalanan seorang atlet.”

Ini, menurut beliau, termasuk keluarga para atlet, jurulatih, mentor dan rakan sebaya mereka, serta masyarakat sukan meluas – seperti Majlis Olimpik Kebangsaan Singapura (SNOC) dan Badan Sukan Nasional (NSA) – bagi “mencipta peluang untuk atlet kita cemerlang dalam sukan mereka, membina daya tahan dan sistem nilai mereka melalui sukan, dan mewakili Singapura untuk mengharumkan nama negara”.

Beliau berkata pemerintah juga telah menunjukkan komitmen mereka dalam menyokong kecemerlangan atlet negara melalui Sistem Prestasi Tinggi (HPS).

Usaha pemerintah ini merangkumi tiga teras utama, iaitu memastikan sukan mudah diakses kepada semua; membantu atlet berbakat memaksimumkan potensi mereka dan kerjasamanya bersama NSA untuk menyokong atlet.

Selain itu, Encik Tong turut menggesa syarikat, penaja swasta dan dermawan untuk memainkan peranan masing-masing.

Biasiswa SOF-Peter Lim dibangunkan pada 2010 apabila usahawan dan dermawan, Peter Lim mendermakan $10 juta kepada SOF. Beliau kemudian menjanjikan tambahan $10 juta pada 2019 untuk meneruskan biasiwa itu sehingga 2030. 

Komitmen beliau kekal sebagai sumbangan individu yang terbesar di Singapura ke arah pembangunan sukan negara.

Biasiswa itu dibahagikan kepada empat kategori: penerima peringkat sekolah rendah merima $1,000; sekolah menengah ($2,000); pendidikan tinggi ($3,000); dan prestasi tinggi bawah 18 tahun ($5,000).

“Walaupun pemerintah terus menyokong atlet kita, syarikat, penaja swasta dan dermawan memainkan peranan penting dan bertindak sebagai pelengkap dalam ekosistem sukan dan HPS kami.

“Kami amat berterima kasih kepada SOF, serta individu dan dermawan seperti Peter Lim, kerana menyediakan atlet kami dengan sokongan kewangan yang mereka perlukan untuk mengejar dan merealisasikan aspirasi sukan mereka,” tambah Encik Tong.

Biasiswa itu juga telah menjadi batu loncatan kepada ramai atlet untuk mencapai pencapaian yang lebih tinggi.

Ramai penerima telah mewakili negara di temasya sukan utama. Pada Sukan SEA 2023 di Kemboja, 17 penerima menang pingat untuk Singapura.

Antaranya ialah pemain polo air lelaki Singapura, Cayden Loh, 18 tahun, yang membawa pulang emas dari Kemboja. 

Sebagai penerima kali pertama dalam kategori prestasi tinggi bawah 18 tahun, pelajar Politeknik Temasek (TP) itu berharap sokongan tambahan itu dapat membantunya menjadi pemain yang lebih baik.

“Intensiti daripada latihan kami bertambah apabila kami menghampiri pertandingan utama seperti Sukan Asia. Oleh itu, pemulihan sangat penting dan mendapat sokongan daripada biasiswa SOF-Peter Lim boleh membantu saya untuk menampung perbelanjaan yang berkaitan dengan latihan, pertandingan dan akademik, sekali gus menenangkan fikiran untuk fokus pada matlamat saya,” kata beliau.

Acara pada Isnin juga menandakan majlis secara fizikal yang pertama untuk biasiswa itu sejak wabak Covid-19, dengan biasiswa penuh turut disampaikan kepada atlet layak.

Pada 2020 dan 2021, “Anugerah-Anugerah yang Memberi Galakan” – yang disesuaikan kerana pertandingan setempat dan antarabangsa disekat – diagihkan kepada 1,110 penerima mewakili 39 sukan bagi ingin terus menyokong atlet negara.

Turut hadir di acara pada Isnin ialah juara dunia badminton dan atlet Sukan Olimpik dari Singapura, Loh Kean Yew. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >