Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Grand Prix Brazil: Max Verstappen raih tempat pertama

Nov 6, 2023 | 3:50 PM
TEMPAT PERTAMA: Pemandu Red Bull Racing, Max Verstappen menyambut kemenangannya di Grand Prix F1 di litar Autodromo Jose Carlos Pace, juga dikenali sebagai Interlagos, di Sao Paulo, Brazil.
TEMPAT PERTAMA: Pemandu Red Bull Racing, Max Verstappen menyambut kemenangannya di Grand Prix F1 di litar Autodromo Jose Carlos Pace, juga dikenali sebagai Interlagos, di Sao Paulo, Brazil. - Foto AFP

SAU PAULO: Pelumba Red Bull, Max Verstappen mendapat tempat pertama dalam Grand Prix Formula Satu (F1) Sau Paulo bagi melebarkan rekod kemenangannya dalam satu musim.

Verstappen berjaya mengawal perlumbaan meskipun mendapat tentangan untuk tempoh seketika daripada pelumba McLaren, Lando Norris di awal perlumbaan. Norris kemudian menduduki tempat kedua.

Fernando Alonso menduduki tempat ketiga untuk pasukan Aston Martin, selepas berjaya memintas pelumba Red Bull, Sergio Perez dalam pusingan terakhir.

Mercedes pula mengalami perlumbaan paling teruk mereka dalam musim 2023 ini, apabila Lewis Hamilton hanya menduduki tempat kelapan sementara George Russell pula terpaksa menarik diri dan menduduki tempat ke-11.

Ia merupakan kejutan yang tidak dijangka buat Hamilton memandangkan pasukannya berasa bahawa mereka sedang membuat kemajuan dalam perlumbaan terkini.

Kemenangan Verstappen merupakan perlumbaan baik daripadanya selepas mendapat tentangan hebat Norris di awal pusingan.

Namun bintang utama perlumbaan adalah Alonso, yang berjaya pertahankan kedudukannya semasa mendapat tentangan Perez.

Perez sememangnya hanya sesaat di belakang Alonso dengan hanya baki 16 pusingan.

Alonso kemudian berjaya kawal kedudukannya dengan memandu secara defensif sebelum memintas dan mengekalkan kedudukannya itu.

Di bahagian depan, Cara memandu yang hebat memastikan Verstapen terus mengukuhkan kedudukannya, meskipun banyak kereta lain yang berkumpul dekat bahagian permulaan. – Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg