Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LUMBA KERETA

Pemandu permotoran remaja S’pura buru impian F1

Nov 03, 2023 | 01:42 PM



Perlumbaan ke puncak perlumbaan permotoran secara paradoks adalah yang perlahan tetapi mantap buat Christian Ho, ketika remaja itu menyasar menjadi pemandu pertama Singapura untuk bersaing dalam Formula Satu (F1).

Usaha pemandu berusia 17 tahun itu mencipta sejarah tersebut berada di landasan tepat selepas musim yang cemerlang sejauh ini dalam kejohanan Formula Empat (F4) Sepanyol.

Bermula pada 2016 untuk merapatkan jurang antara perlumbaan karting dengan F3, F4 adalah siri perlumbaan yang merupakan laluan bakat kepada peringkat tertinggi permotoran, F1.


Ia membolehkan pemandu muda yang baru mara ke F3 dan F2 sebelum ke peringkat seterusnya.

Setiap musim mempunyai tujuh pusingan yang merangkumi tiga perlumbaan.

Pada 15 Oktober, Christian merangkul kemenangan keduanya bagi musim ini di Litar Ricardo Tormo di Valencia, Sepanyol.

Ia merupakan kali ke-10 dia naik ke podium sepanjang 18 perlumbaan.

Dengan baki satu lagi hujung minggu perlumbaan di litar Catalunya di Barcelona pada 11 dan 12 November, pemandu Campos Racing itu kini menduduki tempat kedua dalam kejuaraan pemandu dengan 216 mata.

Walaupun Christian ketinggalan 65 mata di belakang warga Perancis, Theophile Nael, dan mengakui peluangnya untuk memenangi kejuaraan amat tipis, dia gembira dengan perkembangannya pada 2023, lapor The Straits Times.


Menyifatkan F4 sebagai cabaran paling sukar, warga Singapura yang menduduki tempat ke-13 dalam musim sulungnya pada 2022, berkata:

“Setiap tahun, anda mempunyai pemandu baru yang masuk (bertanding) berbanding karting di mana anda berlumba dengan pemandu sama hampir setiap tahun.


“Dan dalam F4, anda perlu berfikir tentang jenis pemasangan yang anda mahu letakkan pada kereta.

“Secara keseluruhan, saya telah belajar banyak perkara. Ia adalah kejuaraan di mana anda perlu menyesuaikan diri dan benar-benar mencari jalan untuk menduduki tempat pertama dan bukannya hanya menang dari petak pertama.”

Christian semakin hebat beraksi sejak berpindah ke Eropah ketika berusia 10 tahun untuk mengejar impiannya menjadi pemandu F1. 

Pada 2018, 18 bulan selepas berpindah ke Italy, dia menjadi pemandu Asia pertama yang memenangi perlumbaan dalam siri Kejohanan Karting Jerman Deutsche Kart Meisterschaft (DKM).

Ia adalah salah satu kejohanan terbesar di Eropah dan juara sebelumnya termasuk legenda F1, Michael Schumacher dan juara dunia empat kali, Sebastian Vettel.

Selepas mendapat tempat kedua dalam Piala Akademi Karting FIA dan kejuaraan Junior Jerman dalam kart OK-Junior pada 2019, dia beralih naik ke F4 pada 2022 dan telah melakar namanya di sana.


Pencapaian itu diraih sambil Christian belajar untuk peperiksaan GCE peringkat ‘O’. Dia selesai mendudukinya pada Jun.

Christian kini sedang bersiap untuk menduduki peperiksaan GCE peringkat ‘A’ di sekolah berasrama di London.

Musim depan, Christian akan beralih ke siri Eurocup-3 dengan Campos Racing.

Eurocup-3 berbilang acara itu mengadakan musim sulungnya pada 2023 sebagai alternatif kepada Kejuaraan Eropah Serantau Formula, yang berfungsi sebagai batu loncatan untuk pemandu antara F4 dengan F3.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >