Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Grand Prix F1 S’pura diiktiraf Perlumbaan Terbaik 2023 oleh media antarabangsa

Dec 20, 2023 | 02:32 PM



Grand Prix (GP) Formula Satu (F1) Singapura 2023 mendapat pujian antarabangsa pada musim ini apabila dipilih sebagai Perlumbaan Terbaik oleh media antarabangsa dan menerima anugerah Pasukan Pegawai Terbaik oleh Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA).

Max Verstappen dan pasukan Red Bull-nya menguasai saingan dalam musim 2023 dengan kemenangan berganda, meraih trofi kejuaraan pemandu dan pasukan. 

Daripada 22 perlumbaan, mereka hanya gagal menang di Litar Jalan Marina Bay ketika pelumba Ferrari, Carlos Sainz, muncul juara.

Sky Sports, ESPN, Metro UK, dan laman berita perlumbaan dalam talian, WTF1 menamakan Singapura sebagai Perlumbaan Terbaik 2023, dengan Motorsport Magazine mencalonkan perlumbaan malam F1 di Litar Jalan Raya Marina Bay bagi anugerah tersebut, kata GP Singapura, dalam satu kenyataan pada 20 Disember.


Sky Sports menganggap GP Singapura sebagai “benar-benar mendebarkan hingga ke penghujung”, manakala Motorsport Magazine berkata “Singapura mungkin merupakan detik yang menyerlah bagi peminat sukan itu”.


Pasukan marsyal pemulihan yang bertugas mengalihkan kenderaan semasa insiden turut diiktiraf sebagai Pasukan Pegawai Terbaik oleh FIA.

Anugerah itu disampaikan setiap tahun sebagai salah satu kategori di bawah Anugerah Sukarelawan dan Pegawai FIA, yang meraikan usaha pegawai relawan perlumbaan merentasi acara sukan permotoran di seluruh dunia.

Pemenang anugerah itu dinilai berdasarkan pencapaian, kepimpinan, keupayaan untuk mengatasi kesukaran, prestasi serta dedikasi mereka.

Marsyal pemulihan dalam perlumbaan malam F1 pada 2023 itu diiktiraf bagi kerja berpasukan dan kecekapan mereka dalam mengendalikan 17 insiden pada hujung minggu perlumbaan.

Ini termasuk kemalangan dramatik yang membabitkan pemandu Aston Martin, Lance Stroll; kegagalan kotak gear pemandu Alpine, Esteban Ocon yang menyebabkannya tidak dapat meneruskan perlumbaan; dan kemalangan pusingan terakhir pemandu Mercedes, George Russell.

Pengarah operasi perlumbaan, GP Singapura, Janette Tan, berkata:

“Saya gembira bahawa pasukan pemulihan kami, yang terdiri daripada 50 relawan daripada pelbagai latar belakang, telah diiktiraf dengan anugerah ini atas usaha gigih, pengorbanan peribadi dan dedikasi mereka.”

Ini merupakan kali kedua GP Singapura memenangi anugerah Pasukan Pegawai Terbaik.

Yang pertama adalah pada 2018, dimenangi oleh pegawai GP Singapura.

GP Singapura telah meraih tujuh pengiktirafan di Anugerah Sukarelawan dan Pegawai FIA sejak perlumbaan itu mula dianjurkan di Litar Jalan Raya Marina Bay pada 2008.

Tan menambah bahawa kejayaan itu mencerminkan kerja berpasukan dan komitmen tinggi pasukan marsyal relawan seramai 900 orang untuk GP Singapura.

“Sekitar 90 peratus daripada mereka kembali menjadi relawan setiap edisi perlumbaan, dan saya bertuah dapat bekerjasama dengan pasukan bersemangat tahun demi tahun,” tambah beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >