Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

BOLA SEPAK ENGLAND

Grealish: Kritikan terhadap Southgate keterlaluan

Sep 23, 2022 | 05:30 AM



LONDON: Kritikan yang dilontar terhadap pengurus England Gareth Southgate selepas pasukannya tewas dalam dua perlawanan Liga Negara-Negara Jun lalu keterlaluan, kata Jack Grealish.



England seri dua perlawanan dan kalah dua perlawanan pada Hungary, dengan jaringan 0-1 dan 0-4.



Namu, Southgate juga merupakan pengurus yang memimpin England mara ke separuh akhir Piala Dunia 2018 dan final Kejohanan Eropah (Euro) pada 2021.



"Bagi saya, cara beliau dikritik oleh sesetengah penyokong dan pemerhati bola sepak adalah keterlaluan, tetapi inilah lumrah menjadi pengurus dan pemain England... saya pun pernah menerima layanan sedemikian," kata Grealish, yang menyarung jersi Manchester City dalam Liga Perdana England (EPL).



"Memang benar kami tewas dua kali pada Hungary, tetapi sebelum perlawanan itu kami telah sekian lama tidak tewas dalam masa 90 minit permainan... kali terakhir ialah pada Belgium pada November 2020."



Kritikan yang diterima Southgate mendorong pengerusi Persatuan Bola Sepak (FA) England Debbie Hewitt berkata persatuan itu amat yakin akan keupayaan Southgate.



Grealish berkata demikian dalam satu wawancara sebelum perlawanan Liga Negara-Negara menentang Italy dan Jerman.



Dua perlawanan itu adalah perlawanan antarabangsa terakhir bagi England sebelum ia memulakan kempen Piala Dunia 2022.



Grealish juga berkongsi pendapatnya menyusuli hujah rakan sepasukan di City, Kevin de Bruyne, yang berkata pemain yang menyarung jersi England nampaknya diberikan layanan lebih teruk oleh media negara itu.



"Memang, saya memahami sudut pandangan beliau itu," kata Grealish.



"Namun, saya juga terima itulah lumrah kehidupan pemain bola sepak profesional di negara ini, terutama jika anda seperti saya dan mewakili salah satu kelab terbesar di dunia, yang memikul beban jangkaan memenangi trofi saban tahun."



Grealish dibeli oleh City daripada Aston Villa pada harga £100 juta ($159 juta).



"Tentunya, harga saya pada masa itu mengundang peminat meneliti prestasi saya di padang.



"Tapi saya tidak berapa peduli... saya akan hanya terus berusaha gigih dan menjaga kelakuan saya," kata beliau. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >