MANCHESTER: Pengurus Manchester City, Pep Guardiola, berikrar "melawan api dengan api" apabila pasukannya berusaha mempertahankan kelebihan kemenangan 5-3 ke atas Monaco dalam pusingan 16 pasukan terakhir Liga Juara-Juara dinihari semalam.
City mempunyai kelebihan dua gol untuk dibawa ke Monaco selepas pertarungan pertama yang hebat di Stadium Etihad, yang menyaksikan pasukan pimpinan Guardiola bangkit daripada ketinggalan 1-2 dan 2-3 untuk menyumbatkan tiga gol dan seterusnya berada dalam kedudukan selesa.