BOLA SEPAK PIALA LIGA ENGLAND

Guardiola pimpin Man City ke final, selepas tundukkan Bristol City 3-2

BRISTOL (Britain): Pengurus Manchester City, Pep Guardiola, menyaksikan pasukannya diberi tentangan sengit sebelum berjaya menjinakkan kelab liga tahap kedua England, Bristol City, dalam perlawanan separuh akhir kedua Piala Liga yang rancak dan menarik kelmarin.

Kejayaan 3-2 itu bagi melengkapkan kemenangan agregat 5-3 menyaksikan pengurus kelahiran Sepanyol itu semakin dekat dengan trofi kejuaraan sulungnya sejak mula bertugas di England.

Pakej Tablet BH yang BARU
Dapatkan tablet Samsung (bernilai $398) percuma dengan langganan 2 tahun
Hanya $19.90*sebulan