Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Haaland pecah rekod jaringan gol sekali lagi

Nov 29, 2023 | 11:51 AM



MANCHESTER: Erling Haaland sekali lagi mencatatkan rekod menjaringkan gol sehingga Pep Guardiola kelihatan seperti sudah letih menjawab soalan tentang penyerang hebat bimbingannya pada Selasa.


Penyerang berusia 23 tahun itu menjadi pemain terpantas menjaringkan 40 gol di Liga Juara-Juara apabila Manchester City bangkit daripada ketinggalan 2-0 untuk menewaskan RB Leipzig 3-2 pada 29 November.

Ini meletakkan City di tempat teratas kumpulan G dengan baki beberapa perlawanan lagi.

Hanya tiga hari kemudian, Haaland menjadi pemain terpantas untuk mencapai 50 gol Liga Perdana dalam perlawanan seri 1-1 dengan Liverpool.

“Lagi? Saya perlu beritahu anda sekali lagi?” kata Guardiola sambil tertawa.

“Saya sangat kagum. Mereka menang hari ini. Mencatatkan satu lagi rekod. Tahniah. Beliau pemain yang hebat. Saya beritahu anda berkali-kali, kita sangat puas dengannya,” kata Guardiola apabila diminta memberi komen.

“Kami sukakan beliau, bukan hanya untuk gol yang beliau jaringkan, bahkan banyak perkara lain juga,” tambah pengurus City itu.

Haaland hanya memerlukan 35 perlawanan untuk mendapatkan 40 gol, mengatasi Ruud van Nistelrooy yang memerlukan 45 perlawanan.

Namun, lebih penting bagi Guardiola adalah gol tersebut mendorong City untuk bangkit daripada ketinggalan dua gol buat kali pertama di perlawanan Liga Juara-Juara sejak 2018.

Guardiola katakan bahawa beliau berharap pemainnya akan pelajari daripada perlawanan tersebut.

Guardiola berjalan menuju ke terowong pada rehat separuh masa sambil menggelengkan kepalanya selepas apa yang dipamerkan juara bertahan Eropah itu.

“Separuh masa pertama adalah yang paling teruk yang pernah kami pamerkan,” akui pemain tengah City, Phil Foden.

“Pada separuh masa kedua, kita bermain dengan lebih baik dan mengubah perlawanan. Pasukan ini mempunyai mentaliti hebat untuk melakukannya,” tambahnya.

Guardiola juga menyatakan bahawa pasukannya telah bertindak balas dengan sangat baik pada separuh masa kedua.

Beliau juga puas hati bahawa pasukannya berada di tempat pertama di dalam kumpulan mereka.

Leipzig pula sudah pun mengesahkan tempat mereka dalam pusingan 16 terakhir tetapi kini berisiko berdepan pasukan seperti Barcelona atau Real Madrid di peringkat kalah mati. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >