Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

City dan Liverpool bertarung untuk tangga teratas EPL

Nov 24, 2023 | 12:14 PM



MANCHESTER: Bola sepak Liga Perdana England (EPL) kembali pada 25 November daripada tempoh rehat antarabangsa dengan perlawanan dua pasukan kedudukan teratas di EPL – Manchester City menentang Liverpool – di Stadium Etihad (8.30 malam Sabtu, waktu Singapura).


Pasukan bimbingan Pep Guardiola kini menduduki tangga teratas EPL dengan 28 mata – hanya satu mata lebih daripada Liverpool.

Liverpool kendalian Juergen Klopp tentunya akan berusaha untuk menang agar dapat mengambil alih tempat teratas EPL.

Namun serangan City kelihatan mengancam – menjaringkan sekurang-kurangnya tiga gol dalam setiap lima perlawanan lalu mereka.

Tambahan pula, sejak seri 1-1 dengan Everton pada 2022, City telah meraih 15 kemenangan dalam 15 perlawanan liga di Etihad pada 2023, manakala rentak kemenangan keseluruhan mereka di hadapan penonton sendiri ialah 23 perlawanan dalam semua kejohanan.

Liverpool sedang mencari tindak balas yang diperlukan sejak keputusan seri 1-1 yang mengecewakan dengan Luton Town di padang lawan.

Keutamaan seterusnya dalam agenda Klopp adalah untuk memperbaiki rekod di luar Anfield untuk Liverpool yang hanya menang sekali dalam lima perlawanan semasa bertandang ke padang lawan.

Gawang Liverpool juga telah dibolosi beberapa gol dalam perlawanan EPL di tempat lawan sejak Mei.

Penyokong setia City akan menantikan berita terkini mengenai keadaan Erling Haaland selepas pemenang But Emas itu terlepas aksi kelayakan Euro 2024 terakhir Norway dengan Scotland akibat kecederaan yang dialaminya semasa membantu City menewaskan Bournemouth sebelum tempoh rehat antarabangsa itu.

Penjaga gawang Ederson juga belum tentu dapat diturunkan akibat kecederaan manakala Nathan Ake dan Sergio Gomez belum cukup bersedia untuk beraksi.

Kevin De Bruyne, Mateo Kovacic, John Stones dan Matheus Nunes semuanya berada dalam senarai kecederaan dan akan terlepas perlawanan menentang Liverpool ini.

Walaupun Julian Alvarez dianggap ‘timbalan’ yang berkebolehan untuk Haaland, pemain antarabangsa Argentina itu baru pulang daripada perlawanan antarabangsa.

Mujur Haaland dikatakan semakin yakin bahawa beliau akan bersedia mengetuai barisan juara bertahan EPL itu.

Pasukan Liverpool juga dijangka dapat memanggil semula beberapa pemain termasuk Ryan Gravenberch, Joe Gomez, Curtis Jones dan Ibrahima Konate dengan Klopp menyatakan awal November bahawa beliau pasti mereka akan kembali selepas bola sepak antarabangsa.

Namun, Thiago Alcantara, Stefan Bajcetic dan Andrew Robertson semuanya dalam senarai kecederaan pasukan bergelar The Reds itu.


Kloop harus menilai jika Luis Diaz, Alisson, Darwin Nunez dan Alexis Mac Allister bersedia untuk perlawanan itu kerana mereka baru pulang daripada mewakili pasukan negara masing-masing dalam kelayakan Piala Dunia.

Diogo Jota dan Cody Gakpo dijangka digandingkan dengan penyerang asal Mesir Liverpool, Mo Salah, yang hanya memerlukan satu lagi gol untuk mencapai 150 gol dalam EPL. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >