Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

TERBUKA AMERIKA SYARIKAT

Hadiah kejayaan penampilan sulung begitu bermakna bagi Lily Miyazaki

Sep 04, 2023 | 05:30 AM



NEW YORK: Pemain Britain, Lily Miyazaki, berkata hadiah wang £98,000 ($167,200) yang dimenanginya dalam pusingan pertama Terbuka Amerika Syarikat bermakna beliau tidak perlu mengembara ke seluruh dunia bersendirian untuk menyertai kejohanan.


Selepas layak bertanding dalam kejohanan utama Grand Slam buat kali pertama, Miyazaki, 27 tahun, mengorak langkah besar ke hadapan selepas mencatat kemenangan sulung 6-3, 6-3 ke atas pemain Russia, Margarita Betova, 6-3, 6-3, pada 28 Ogos.

“Lidah saya berasa kelu untuk berkata apa-apa,” kata Miyazaki, yang menduduki ranking ke-198 dunia.

“Selepas melayakkan diri ke kejohanan ini, saya tidak sangka dapat berada di peringkat ini. Saya berasa sangat gembira dan bangga dengan diri saya.”

Menurut Miyazaki, yang dijadualkan berdepan pemain Switzerland, Belinda Bencic, dalam pusingan kedua, soal kewangan satu perkara penting dalam tenis.

“Aspek kewangan sangat besar kerana tenis adalah satu sukan yang sangat mahal... Mungkin sekarang saya boleh ke sana sini dengan seorang jurulatih dengan lebih kerap,” tambah beliau.

Dilahirkan di Jepun, Miyazaki, yang berhijrah ke London tatkala berusia 10 tahun, belum pernah layak ke kejohanan utama, Grand Slam.

Beliau biasanya bermain di peringkat kedua Jelajah Persekutuan Tenis Antarabangsa (ITF) dan sering ke kejohanan bersendirian meskipun mempunyai seorang jurulatih iaitu Craig Veal, yang turut membimbing seorang lagi pemain Britain, Jodie Burrage.

“Sudah tentu kemenangan ini akan membantu dari segi kewangan dan dari segi mata untuk ranking saya,” kata beliau, yang mula mewakili negaranya tahun lalu.

Setelah melepasi tiga perlawanan kelayakan untuk ke kejohanan utama, Miyazaki berjaya mengekalkan prestasinya ketika menentang Betova.

Dalam penampilan pertamanya itu, yang ditonton ramai penyokong Britain, Miyazaki bermain dengan baik dan memaksa Betova melakukan beberapa kesilapan.

Keyakinan Miyazaki menentang pemain Russia itu, yang belum menang musim ini, jelas dilihat sepanjang perlawanan.

Selepas Betova mendahului 3-1 dalam set pertama, beliau gagal meneruskan kelebihan itu, sebaliknya melakukan banyak kesilapan bagi membolehkan Miyazaki menguasai rentak permainan.

Selepas memenangi lima game berturut-turut, Miyazaki menunjukkan ketenangan untuk bangkit merampas game seterusnya meskipun pernah ketinggalan 0-40.


Walaupun Miyazaki gagal memanfaatkan mata penamat pada servis Betova pada kedudukan 5-2, beliau berjaya menyempurnakan servisnya pada game berikut untuk menjadi warga Britain pertama untuk ke pusingan kedua.


Bercakap kepada pemberita selepas perlawanan itu, Miyazaki, yang mempunyai ijazah dalam Matematik dan sarjana dalam Sains Data, berkata:

“Telefon saya tidak berhenti menerima mesej. Ia berada dalam poket saya dan saya dapat rasakan ia bergetar.

“Saya hanya sempat menghantar mesej kepada ibu bapa dan salah seorang rakan saya, mereka sangat gembira, mereka sudah tentu telah banyak berkorban untuk saya pada usia yang muda.” – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >