Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Swiatek mula pertahan mahkota dengan gagah

Aug 29, 2023 | 10:13 AM
HAMPIR SEMPURNA: Iga Swiatek mengalahkan Rebecca Peterson 6-0, 6-1 dalam perlawanan pertamanya bagi mempertahankan kejuaraan Terbuka AS.
HAMPIR SEMPURNA: Iga Swiatek mengalahkan Rebecca Peterson 6-0, 6-1 dalam perlawanan pertamanya bagi mempertahankan kejuaraan Terbuka AS. - Foto AFP

NEW YORK: Pemain wanita nombor satu dunia, Iga Swiatek, mula mempertahan kejuaraan Terbuka Amerika Syarikatnya dengan bergaya, membelasah pemain dari Sweden, Rebecca Peterson 6-0, 6-1, di Stadim Arthur Ashe.

Swiatek, pemenang Grand Slam empat kali, membuat 20 pukulan kemenangan dan empat ace untuk melangkah ke pusingan kedua di mana pemain Australia, Daria Saville, menanti.

Walaupun sebelum ini Swiatek memberitahu wartawan beliau tidak mempunyai tenaga lagi selepas tewas di separuh akhir Terbuka Montreal dan Terbuka Cincinnati pada awal Ogos, beliau beraksi dengan perkasa sepanjang perlawanan pertama di Terbuka AS ini.

Swiatek menunjukkan hanya sedikit kelemahan pada awal set kedua, apabila beliau melakukan beberapa kesilapan dan terpaksa bangkit daripada tiga titik putus, atau break point (satu mata sebelum menang), dalam perlawanan pertama.

Namun selepas kegenjotan itu, Swiatek menunjukkan kepada penonton di Flushing Meadows bakatnya dan mengapa beliau bertahta dalam ranking pemain wanita sejak April 2022, apabila beliau memenangi mata demi mata hingga set keempat. 

Peterson, yang hanya memenangi satu set sepanjang perlawanan itu, tidak berdaya bangkit dan akhirnya mengaku kalah kepada Swiatek yang terlalu gagah baginya. 

“Saya hanya mahu beraksi dengan baik dan memulakan pertandingan berdasarkan apa yang saya lalui semasa latihan,” kata Swiatek dalam satu wawancara di gelanggang di akhir perlawanan.

“Saya berasa gembira dengan semua tekanan dan jangkaan dan hanya ingin berseronok di gelanggang,” katanya lagi, sambil menambah bahawa beliau sempat menonton pementasan Lion King di Broadway, perkara yang dilakukannya setiap kali bertanding di Flushing Meadows. – Reuters.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg