AUSTIN (Texas): Juara bertahan Formula Satu (F1) dunia sebanyak tiga kali, Lewis Hamilton, masih mengekalkan impian memburu kejuaraan dunia keempatnya kelmarin apabila meraih kemenangan pertama dalam enam perlumbaan di Grand Prix Amerika Syarikat.
Pemandu Britain itu menunjukkan perlumbaan menakjubkan dari petak pertama hingga akhir perlumbaan yang menyaksikan beliau melintasi garisan penamat lima saat di hadapan rakan sepasukan dari Mercedes, Nico Rosberg.