Subuh
5:36
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

BOLA SEPAK - PEMINDAHAN PEMAIN

Hampa di Chelsea, Lukaku harap nasib berubah apabila 'pulang' ke Inter

Jul 01, 2022 | 05:30 AM



MILAN: Selepas setahun menyertai Chelsea dan gagal mempamerkan prestasi cemerlang, Romelu Lukaku, akhirnya pulang ke pangkuan kelab Italy, Inter Milan, apabila melengkapkan pemindahan secara pinjaman bagi tempoh semusim.



Penyerang antarabangsa Belgium itu kembali ke San Siro selepas Chelsea bersetuju dengan perjanjian yang dilaporkan di mana Inter membuat pembayaran 8 juta euro ($11.63 juta) serta tambahan 3 juta euro sebagai bonus.



Kelab London itu mengeluarkan kenyataan mengesahkan pemindahan bintang Belgium itu secara pinjaman bagi tempoh semusim.



Kepulangannya diumumkan secara rasmi dalam video yang disiarkan di saluran media sosial Inter dengan Lukaku berkata "saya kembali" semasa bercakap dengan pengerusi Steven Zhang di pejabat kelab berkenaan.



Pemain berusia 29 tahun itu sekali lagi akan mengetuai serangan Inter yang akan berusaha merampas semula kejuaraan Serie A selepas dilaporkan menerima pemotongan gaji 8.5 juta euro untuk kempen akan datang.



Media Italy melaporkan bahawa Inter dan Chelsea bersetuju bahawa pinjaman boleh dilanjutkan untuk semusim lagi dengan persetujuan kededua kelab dengan peguam kepada pemain berkenaan, Sebastien Ledure, berkata "apa sahaja boleh berlaku" dari sekarang hingga akhir musim depan.



"Ia benar-benar detik yang emosi. Sudah banyak Inter berikan kepada saya dan saya harap mulai sekarang saya boleh melakukan lebih baik daripada sebelumnya... rasanya seperti dapat pulang semula ke rumah sendiri... saya dan keluarga saya begitu gembira dapat kembali ke Italy," katanya.



Lukaku memberitahu media yang hadir untuk menyambut ketibaannya di lapangan terbang Linate Milan pada awal pagi kelmarin bahawa beliau "sangat gembira" untuk kembali semula.



Dalam pada itu, penyokong Inter berkumpul memberi sokongan - dan juga petanda mereka sudah memaafkan Lukaku ketika penyerang itu menjalani ujian perubatan.



Jumlah penyokong yang ramai itu mungkin satu kejutan selepas kumpulan penyokong ultra Inter meminta mereka tidak menyambut kehadiran penyerang itu dengan bendera dan skaf ketika beliau pulang ke Italy selepas berpaling dari kelab itu untuk menyertai Chelsea musim lalu.



Lukaku meninggalkan San Siro ke Chelsea dengan bayaran £98 juta ($165.41 juta) pada musim panas lalu namun beliau gagal mempamerkan prestasi terbaik sehingga gagal mendapat tempat dalam kesebelasan utama The Blues kendalian Thomas Tuchel.



Sementara itu, Chelsea menyertai persaingan antara kelab-kelab lain di Eropah untuk memikat pemain sayap Raphinha dari Leeds United ke kelab tersebut.



Pemain asal Brazil itu difahami turut menarik minat sebuah lagi kelab Liga Perdana England (EPL), Arsenal, dan kelab La Liga Sepanyol, Barcelona.



Akhbar di Britain berkata Leeds hanya sedia melepaskan Raphinha jika mereka menerima bayaran melebihi £50 juta bagi beliau.



Leeds membayar Rennes £17 juta dua tahun lalu untuk mendapatkan pemain tersebut.



Menurut BBC, Chelsea, yang kini dimiliki jutawan dari Amerika Syarikat, mahu menggandingkan Raphinha, 25 tahun dengan pemain Manchester City, Raheem Sterling. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >