Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Hampir semua pemain Man U boleh dijual

Apr 30, 2024 | 02:45 PM



MANCHESTER: Kelab bola sepak Manchester United terbuka untuk menilai tawaran bagi hampir semua pemain mereka semasa tempoh pemindahan akan datang.


Pemilik baru United, Jim Ratcliffe, dijangka melakukan tindakan drastik itu sebagai sebahagian usahanya untuk mengembalikan United ke era kegemilangan.

Difahamkan Marcus Rashford termasuk senarai pemain yang bakal dijual, namun sumber-sumber daripada kelab itu menyatakan mereka lebih rela menyimpan penyerang England itu dan bekerjasama dengannya untuk menemukan rentak permainan semula yang telah membantu Rashford mendapatkan 30 gol buat kali pertama musim lalu.

Paris Saint-Germain (PSG) pernah dikaitkan dengan Rashford kerana PSG bakal hilang pemain bintang mereka Kylian Mbappe walaupun sumber lalu menafikan perpindahan tersebut.

Namun tidak semua pemain akan dijual United.

Bakat muda United seperti Rasmus Hojlund, Kobbie Mainoo dan Alejandro Garnacho dikecualikan daripada senarai itu.

Namun, untuk United melepaskan pemain seperti Bruno Fernandes, penjaga gawang Andre Onana dan pemain pertahanan Diogo Dalot, yang baru menandatangani perjanjian lima tahun kebelakangan ini, mereka akan menuntut harga yang berpatutan.

Jumlah pemain yang bakal dijual dan dibeli juga masih belum boleh ditentukan.

Tidak jelas jika ada pasukan yang berminat dengan pemain United dengan harga yang mereka inginkan.

Banyak pihak tahu United tidak mahir dalam menjual pemain dengan harga berpatutan.

Penjualan Daniel James kepada Leeds pada 2021 yang bernilai 25 juta paun ($42 juta) merupakan kali terakhir mereka memperolehi lebih 20 juta paun ($34 juta) untuk pemain mereka.

Dengan Peraturan Keuntungan dan Kemampanan (PSR) yang akan dilaksanakan pada musim depan, kelab tersebut harus mengawasi apa yang dibelanjakan.

Ini bermakna mereka juga akan mencari jalan memaksimumkan jumlah yang dapat diraih dengan penjualan pemain.

Beberapa pemain berpengalaman akan meninggalkan United apabila kontrak mereka tamat.

Ini termasuk penyerang Anthony Martial dan juga pemain pertahanan Raphael Varane.

Sofyan Amrabat juga dijangka pulang ke Fiorentina selepas pemain tengah itu mengalami masa sukar semasa berada di United secara pinjaman.

Pemain tengah United Christian Eriksen mempunyai satu tahun lagi pada kontraknya dan Casemiro masih mempunyai dua tahun pada kontraknya juga, namun kededua pemain kini mengalami musim yang mengecewakan.

United ingin menjual Harry Maguire dan Scott McTominay pada musim panas lalu, dan walaupun kededua mereka telah menyumbang banyak kepada United musim ini, United tidak akan menghalang mereka meninggalkan kelab jika ada tawaran sesuai.

Pemain tengah Donny van de Beek masih di Eintracht Frankfurt dan Hannibal Mejbri masih di Sevilla secara pinjaman.

Mason Greenwood dan Jadon Sancho dijangka meninggalkan United.

Apa jua pendapatan yang mereka peroleh daripada penjualan Greenwood akan dianggap keuntungan di bawah PSR kerana beliau merupakan pemain yang dihasilkan United sendiri.

Sancho belum lagi meminta maaf kepada Eric Ten Hag apabila mencetuskan kemarahan beliau di media sosial pada September dan kini berada di Borussia Dortmund secara pinjaman.

Masa depan Ten Hag juga masih belum ditentukan dengan khabar kelab Ajax Amsterdam berminat mengambil beliau semula sebagai pengurus mereka.

Jika United membuat keputusan untuk kekal bersama Ten Hag, mereka perlu membuat keputusan untuk menawarkan lanjutan kontraknya kerana kontrak beliau sedia ada akan tamat pada 2025.

Sumber di United menjangkakan proses membangunkan semula United akan mengambil masa, dan mungkin hanya dapat melihat hasilnya pada musim 2025-26. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >