Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Erik ten Hag: Lebih mudah main di kelab lain berbanding United

Jan 08, 2024 | 03:32 PM



MANCHESTER: Erik ten Hag menganggap bahawa pemain tidak sepatutnya mengelak bermain bersama Manchester United menyusuli pengalaman yang dilalui Donny van de Beek di Old Trafford.


Beliau juga mengatakan bahawa adalah lebih mudah untuk bermain dengan “hampir semua kelab lain” berbanding Manchester United.

Pemain tengah warga Belanda, Van de Beek, berusia 26 tahun, telah dipinjamkan kepada Eintracht Frankfurk, selepas pengalamannya yang sukar di United sejak pemindahannya daripada Ajax yang bernilai £35 juta ($59 juta) pada September 2020.

Ten Hag katakan bahawa Van de Beek “tidak setaraf berbanding semasa bermain di Ajax” akibat kecederaan.

Van de Beek hanya bermain enam kali untuk United dalam Liga Perdana England (EPL).

Beliau dipinjamkan ke Everton pada 2022, sebelum kembali ke United, dan terlepas separuh kedua musim lalu akibat kecederaan lutut yang parah.

Ten Hag berasa pemindahan akan membangkitkan kerjaya Van de Beek, berkata:

“Sejak tiba di Manchester United, beliau bukan pemain setaraf dirinya sendiri semasa di Ajax kerana beliau cedera. Banyak kali beliau belum bersedia dan mendapatinya sukar untuk pulih daripada kecederaan tersebut.

“Itulah mungkin punca utama beliau tidak bermain.

“Kami mengambil keputusan untuk melepaskannya secara pinjaman pada musim panas tetapi tidak berjaya. Peluang beliau untuk bermain kurang kerana kami telah membuat perjanjian bersama pemain lain di posisinya. Persaingannya sengit,” tambah beliau.

Menurut analisis wartawan sukan England, Simon Stone pula, dengan pantas ia menjadi jelas bagi bekas pengurus United, Ole Gunner Solskjaer, yang menandatangani Van de Beek, bahawa pemain itu belum cukup kuat secara fizikal dan mental untuk memenuhi tuntutan EPL.

Dalam hanya beberapa minggu, duit yang dibayar untuk Van de Beek (£35 juta) dibazirkan, dan United tidak mempunyai peluang untuk mendapatkan wang itu kembali sepenuhnya.

Ketua Pegawai Eksekutif Ineos, Jim Ratcliffe, dan Pengarah Sukan Ineos, Dave Brailsford, kini sedang menilai United sebelum mengambil alih kawalan isu bola sepak di kelab tersebut, termasuk masa depan Jadon Sancho – yang bernilai £73 juta, namun nilainya semakin menurun.

Pemain lain yang hampir berpindah daripada United adalah Jadon Sancho yang dibeli dengan harga £73 juta ($123 juta), dengan United sedang berusaha untuk memuktamadkan pemindahan Sancho ke Borussia Dortmund secara dipinjamkan, selepas beliau berselisihan faham dengan ten Hag.

Apabila ditanya jikalau pemain akan mula mengelak daripada menyertai United, ten Hag menambah:

“Ia bergantung kepada pemain tersebut dan tahap keyakinan mereka mengenai kemampuan mereka sendiri.”

“Tapi saya boleh beritahu anda satu perkara bahawa Liga Perdana England sukar.

“Adalah sukar untuk bermain dalam Manchester United... lebih mudah untuk bermain di hampir semua kelab lain berbanding United kerana tekanannya yang selalu tinggi,”

“Anda harus tahu untuk memenuhi perkara ini. Namun jikalau anda mempunyai keyakinan pada diri anda sendiri, ini merupakan cabaran terbaik bagi anda dan United merupakan kelab yang terbaik bagi seorang pemain.”

“Ia bergantung kepada pemain itu sendiri dan ia bergantung kepada terutamanya perwatakan pemain tersebut dan personaliti mereka,” tambah beliau. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >