Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Hanya seri, tapi keputusan menentang Perancis satu sejarah bagi Jamaica

Jul 24, 2023 | 04:20 PM



SYDNEY: Pasukan bola sepak wanita Jamaica kendalian Lorne Donaldson berjaya menyekat Perancis setelah anak buahnya seri 0-0 di Stadium Bola Sepak Sydney pada Ahad.


Pengurus pasukan itu menggelar keputusan tersebut sebagai “keputusan nombor satu” dalam sejarah bola sepak Jamaica kerana ia membendung pasukan yang berada 38 tangga di atasnya dalam carta kedudukan Fifa.

Beliau menjelaskan: “Saya boleh katakan ia adalah keputusan nombor satu yang kami raih sejauh ini. Keputusan nombor satu, (tidak kira) bagi pasukan lelaki atau wanita.

“Lihat sahaja carta kedudukan. Boleh dikatakan keputusan ini, dalam pertandingan ini, adalah nombor satu.”

Ia merupakan mata pertama yang dikutip Jamaica dalam Piala Dunia Wanita.

Pemain terbaik perlawanan itu, Deneisha Blackwood dari Jamaica, berkata sungguhpun seri, keputusan itu seperti satu kemenangan bagi mereka.

Ini bermakna Perancis harus menilai semula strategi permainan apabila berhadapan dengan Brazil pada Sabtu (29 Julai).

Apatah lagi Brazil merupakan salah satu pasukan yang disebut-sebut sebagai pencabar utama bagi menggondol kejuaraan itu.

Pasukan kendalian Herve Renard terkial-kial memecahkan pertahanan Jamaica – yang mana pada minit-minit terakhir perlawanan menyaksikan kapten pasukan mereka Khadija Shaw dibuang padang.

Perancis hampir memecahkan kebuntuan pada separuh masa pertama menerusi percubaan Kadidiatou Diani tetapi ia ditepis penjaga gawang Jamaica, Becky Spencer.

Diani disajikan beberapa peluang pada separuh masa kedua tetapi ia terkena palang gol.

Pada tiga edisi Piala Dunia Wanita, Perancis tersungkur pada peringkat suku akhir.

Oleh demikian, edisi pertandingan kali ini dilihat mereka sebagai wadah untuk mara lebih jauh.

Selepas pemecatan bekas pengurus Corinne Diacre pada Mac 2023, kesegaran baharu menyelubungi skuad kebangsaan Perancis di bawah pengurusan Renard.

Kesegaran itu bak terbantut setelah pertahanan Jamaica melunturkan serangan Perancis.

Namun Renard menegaskan untuk tidak bertindak melulu dan bersabar.

“Saya pernah memenangi pertandingan selepas seri pada perlawanan pertama. Saya rasa kami tidak boleh bertindak melulu.

“Apa yang penting adalah kami kekal utuh. Kami akan menilai dan meraih (matlamat) yang kami ingin kecapi.

“Kadangkala dalam perlawanan sedemikian, kami perlu rasa teruja dengan keputusan seri dan bukannya kecewa oleh pasukan yang lain,” ujar Renard. Bagi Jamaica pula, taktik mereka hanya satu iaitu mencari peluang dan menghantar bola untuk penyerang dan kapten Shaw sebaik sahaja mendapat posesi. Pemain itu telah menjaringkan 31 gol dalam 30 perlawanan bersama pasukan wanita Manchester City musim lalu jadi taktik itu amat dijangka. Beliau dilayangkan kad kuning pada separuh masa pertama kerana terkaman ke atas Sakina Karchaoui sebelum menerima kad kuning kedua pada minit ke-92 lantas dibuang padang kerana menjatuhkan Wendie Renard. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >