Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Hanya Wembley sasaran kami: Fuellkrug

Apr 17, 2024 | 02:03 PM



DORTMUND (Jerman): Borussia Dortmund berjaya menundukkan Atletico Madrid 4-2 pada suku akhir kedua pada 16 April, sekali gus meraih kemenangan agregat 5-4 dan mara ke separuh akhir Liga Juara-Juara buat kali pertama sejak 2013.


Dortmund yang diurus Edin Terzic dan tewas 1-2 kepada pasukan pimpinan Diego Simeone dalam aksi pertama di Madrid, menjaringkan dua gol pada separuh masa pertama yang diinspirasikan Julian Brandt minit pada minit ke-34 sebelum Ian Maatsen minit ke-39 menjadikan kedudukan 3-2.

Separuh masa kedua, Madrid meningkatkan tekanan dan menyaksikan jaringan sendiri pemain Dortmund Mats Hummels pada minit ke-49 dan mengurangkan defisit pasukan pelawat.

Pemain gantian, Angel Correa meletakkan kelab Sepanyol kembali mendahului dalam perlawanan pada minit ke-64.

Bagaimanapun gol itu tidak memadamkan semangat di Signal Iduna Park apabila tandukan penyerang Niclas Fuellkrug menjadikan kedudukan agregat 4-4 pada minit ke-71 sebelum Marcel Sabitzer menamatkan perjuangan Madrid dengan gol minit ke-74.

“Pencapaian ini sesuatu yang besar untuk kelab kami,” kata Terzic yang berterima kasih kepada penyokong kelab Jerman yang berada di Signal Iduna Park.

“Ia satu keajaiban. Saya cuba untuk tidak berlebih-lebih ketika temu bual, tetapi ia benar-benar ajaib. Stadium bergema dengan gegak-gempita hari ini,” kata Fuellkrug kepada DAZN.


Fuellkrug gembira dengan kejayaan ke separuh akhir namun menyatakan cabaran Dortmund belum berakhir.

“Kami ada satu matlamat: Wembley.”

Fuellkrug beraksi dalam divisyen dua bersama Werder Bremen dua musim lalu sebelum berpindah ke Dortmund Ogos lalu.

“Kami beraksi pada separuh akhir Liga Juara-Juara. Bagi seseorang seperti saya, saya fikir ia terlalu istimewa, tetapi ada beberapa pemain di sini yang berpengalaman sebelum ini.”

Di bawah bimbingan jurulatih Jurgen Klopp, Dortmund layak ke final pada 2013, namun mereka tumpas di tangan musuh tradisi Bayern Munich 2-1.

Pemain pertahanan Mats Hummels dan Marco Reus dua pemain Dortmund yang masih kekal daripada perlawanan itu, manakala pertahanan Niklas Suele menang Liga Juara-Juara bersama Bayern pada 2020.

“Suasana, tenaga di tengah padang, terlalu melampau. Kami sedar dari minit pertama tiada siapa akan memberi ruang walau seinci,” kata Fuellkrug.

“Kami beraksi dengan amat agresif. Ia sesuatu yang kami perlu teruskan dalam beberapa minggu akan datang.” – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >