Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

MALAM ANUGERAH FAS

Hari jadi penuh istimewa bagi Ilhan

Pemain muda negara gondol 3 anugerah di atas prestasi cemerlang sepanjang musim bersama Albirex
Nov 10, 2022 | 05:30 AM



BELIAU sepatutnya meraikan ulang tahunnya yang ke-20 di samping keluarga dengan bermakan malam bersama kelmarin.



Sebaliknya, Ilhan Fandi menyambut hari istimewanya bersama sekitar 500 hadirin mewakili fraterniti bola sepak setempat di Hotel Orchard bagi Malam Anugerah Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) 2022.



Malam itu boleh digelar "malam Ilhan Fandi" - sejak awal acara, tumpuan sudah pun dihalakan ke atas penyerang muda Albirex Niigata itu, sebelum beliau naik tiga kali ke pentas utama bagi menerima trofi anugerahnya.



Ilhan sebelumnya dipanggil band yang membuat persembahan ke atas pentas yang lebih kecil di tepi dewan untuk didendangkan lagu hari lahir.



Malam itu kemudian bertambah manis buat Ilhan apabila beliau dinobat Pemain Muda Terbaik dan jaringan cemerlangnya ala bicycle kick yang diledakkan semasa menentang Balestier Khalsa pada Julai lalu dipilih sebagai Gol Terbaik.



Ilhan, yang menyumbat 17 gol - untuk kedua-dua Young Lions sebelum menyertai Albirex pada April lalu - dan menjuarai Liga Perdana Singapura (SPL) bersama White Swans musim ini juga dinamakan dalam Pasukan Terbaik SPL.



Tersenyum lebar, ketika ditemui selepas malam anugerah itu, Ilhan mengakui hari lahirnya tahun ini adalah yang terbaik sejauh ini.



Katanya:



"Saya rasa sangat bersyukur menerima anugerah ini dan saya tidak akan dapat melakukannya tanpa pasukan hebat saya, sokongan daripada keluarga dan rakan-rakan, dan semua yang telah bersama saya sejak hari pertama. Untuk mencapai kejayaan ini dalam musim pertama saya dengan Albirex adalah istimewa dan untuk melakukannya pada hari lahir saya adalah luar biasa."



Ilhan ialah anak lelaki legenda bola sepak tempatan Fandi Ahmad yang pertama untuk merangkul pengiktirafan individu.



Pada 2018, Ikhsan - yang kini bermain untuk kelab Thai BG Pathum United bersama abang mereka, Irfan - juga telah dicalonkan untuk anugerah Pemain Muda Terbaik dan Gol Terbaik, tetapi tidak menang dalam kedua-dua kategori itu.



Ditanya apa yang mungkin dikatakan bapanya mengenai pencapaiannya, Ilhan menambah:



"Saya fikir dia akan rasa benar-benar bangga dengan saya... mungkin dia juga tidak jangka saya akan bawa pulang tiga anugerah malam ini, tapi ia adalah sesuatu yang saya pasti akan dia hargai."



Selain Ilhan, seorang lagi penyerang Albirex, Kodai Tanaka, dan jurulatihnya, Kazuaki Yoshinaga, turut diiktiraf, dengan pasukan itu menyapu semua anugerah utama.



Tanaka, 22 tahun, muncul sebagai Pemain Terbaik selepas memainkan peranan penting dalam kempen Albirex dengan hasil sumbangan 33 golnya dalam 28 perlawanan musim ini.



Yoshinaga, 54 tahun, merangkul anugerah Jurulatih Terbaik ketiganya. Usaha warga Jepun itu dihargai setelah berjaya memimpin pasukan muda Albirex untuk menjuarai liga musim ini, iaitu pencapaian sama yang diraih pada 2017 dan 2018.



Dalam bola sepak wanita pula, pemain Lion City Sailors, Izzati Rosni, 23 tahun, pulang sebagai pemenang terbesar.



Pemain midfield yang dikerahkan dalam posisi penyerang itu meraih anugerah Gol Terbaik dan Penjaring Gol Terbanyak.



Izzati berjaya meledakkan 10 gol dalam Liga Perdana Wanita dan sekali gus membantu Sailors merangkul kejuaraan liga sulung mereka.



"Saya fikir saya harus mengubah perspektif bahawa hanya seorang penyerang dapat menjaringkan gol... yang pasti, semua pemain boleh menjaringkan gol dan mencapai apa yang telah saya kecapi... saya sasar untuk terus menjaringkan lebih banyak gol pada masa akan datang," katanya, yang juga bertugas sebagai jurulatih bebas bola sepak.



Penjaga gol Tanjong Pagar United, Haziqah Haszman, 19 tahun, pula dinobat Pemain Muda Terbaik selepas memukau ramai dengan persembahannya dalam liga.



Pelajar tahun kedua dalam jurusan Sains Sukan dan Senaman di Politeknik Republic itu berjaya mencatatkan empat rekod bersih musim ini.



Haziqah, yang pernah bergiat dalam bola keranjang semasa di bangku sekolah, berkata: "Ini adalah musim pertama rasmi saya bermain dalam liga sebab sebelum ini, saya kurang diturunkan... anugerah ini menunjukkan kerja keras saya selama ini berbaloi.



"Ia menyifatkan lembaran baru untuk saya dan sesuatu yang saya akan kenang selamanya."



Tanjong Pagar juga merebut anugerah Pemain Terbaik menerusi penyerangnya, Manami Fukuzawa, 30 tahun, yang menjaringkan lapan gol liga.



Sementara itu, Anugerah Jurulatih Terbaik jatuh di tangan Yeong Sheau Shyan dari Lion City Sailors.



Malam Anugerah FAS tahun ini turut mengiktiraf aksi hebat dari Liga Bola Sepak 1 dan 2, yang menamatkan musim mereka minggu lalu.




SENARAI PEMENANG



Liga Perdana Singapura



Pemain Terbaik: Kodai Tanaka (Albirex)



Pemain Muda Terbaik: Ilhan Fandi (Albirex)



Jurulatih Terbaik: Kazuaki Yoshinaga (Albirex)



Gol Terbaik: Ilhan Fandi (Albirex)



Pasukan Terbaik SPL:



Penjaga gol: Zaiful Nizam (Geylang)



Pemain pertahanan: Masaya Idetsu (Albirex), Pedro Henrique (Lion City Sailors) dan Joshua Pereira (Geylang)



Pemain midfield: Vincent Bezecourt (Geylang), Diego Lopes, Maxime Lestienne (Lion City Sailors), dan Kyoga Nakamura (Tampines Rovers)



Penyerang: Ilhan Fandi, Kodai Tanaka (Albirex) dan Boris Kopitovic (Tampines)



Penjaring Gol Terbanyak: Boris Kopitovic (Tampines)



Penjaga Gol Terbaik: Zaiful Nizam (Geylang)



Anugerah Permainan Adil: Albirex



Liga Perdana Wanita



Pemain Terbaik: Manami Fukuzawa (Tanjong Pagar)



Pemain Muda Terbaik: Haziqah Haszman (Tanjong Pagar)



Jurulatih Terbaik: Yeong Sheau Shyan (Lion City Sailors)



Gol Terbaik: Izzati Rosni (Lion City Sailors)



Penjaring Gol Terbanyak: Izzati Rosni (Lion City Sailors)



Penjaga Gol Terbaik: Beatrice Tan (Lion City Sailors)



Anugerah Permainan Adil: Tiong Bahru



Anugerah Pengadil



Pengadil Terbaik: Ahmad A'Qashah



Penolong Pengadil Terbaik: Ronnie Koh



Anugerah Media



Cerita Terbaik: Jared Gallagher (Soccer Kakis)



Foto Terbaik: Chua Boon Ping (Junpiter Futbol)




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >