Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Ini susulan tawaran awal oleh Bayern sebanyak 60 juta paun

Harry Kane berminat sertai Bayern Munich

Jun 28, 2023 | 12:30 PM



LONDON: Penyerang Tottenham Hotspur, Harry Kane, ingin menyertai Bayern Munich dan pihaknya telah mengadakan perbincangan berkenaan terma-terma peribadinya bersama juara liga Jerman itu.


Bayern dipercayai sedang berusaha mendapatkan persetujuan dengan Tottenham Hotspur bagi harga pemindahan pemain itu.

Mereka mengemukakan tawaran awal sebanyak 60 juta paun ($103 juta) serta tambahan namun nilai tersebut dikatakan terlalu rendah oleh Spurs.

Spurs meminta sekurang-kurangnya 100 juta paun untuk mendapatkan penyerang asal England mereka.

Kontrak Kane dijangka luput pada musim panas seterusnya dan beliau dikatakan tidak menunjukkan hasrat bagi melanjutkan kontraknya – Spurs berisiko kehilangan tunggak serangan mereka secara percuma.

Ketidakpastian mengenai kontrak Kane boleh meningkatkan peluang Bayern dan akan menjadi pertimbangan untuk pengerusi Spurs, Daniel Levy.

Sumber-sumber menegaskan bahawa Spurs akan menolak sebarang tawaran untuk Kane pada musim panas ini dan ia masih menjadi tanda tanya sekiranya Bayern bersedia untuk memberi tawaran setinggi 100 juta paun.

Levy mungkin mempertimbangkan untuk terima tawaran yang lebih rendah jika ia bermakna Spurs tidak kehilangan pemain berusia 29 tahun itu kepada pasukan seteru dalam Liga Perdana England (EPL).

Manchester United dipercayai telah ‘meletakkan sasaran’ bagi Kane tetapi menjauhkan diri disebabkan harga tinggi yang diletakkan Spurs bagi penyerang itu.

Real Madrid juga dikatakan telah mempertimbangkan untuk mendapatkan khidmat Kane sejak Karim Benzema berpindah ke kelab liga Saudi, Al-Ittihad.

Namun demikian, ini mungkin bergantung kepada sama ada mereka boleh menandatangani bintang Perancis dan Paris Saint-Germain, Kylian Mbappé. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >