Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Siapa pemain rebutan pada musim panas ini?

Persaingan dapatkan pemain terbaik bermula bagi kelab elit di Eropah
May 31, 2023 | 3:42 PM
JADI TARIKAN: Pemain tengah Dortmund, Jude Bellingham,  dianggap “luar biasa” oleh pengurus Liverpool, Jurgen Klopp, dan dinamakan selaku pemain Bundesliga terbaik untuk musim kali ini.
JADI TARIKAN: Pemain tengah Dortmund, Jude Bellingham, dianggap “luar biasa” oleh pengurus Liverpool, Jurgen Klopp, dan dinamakan selaku pemain Bundesliga terbaik untuk musim kali ini. - Foto AFP

LONDON: Jude Bellingham, Harry Kane, dan Victor Osimhen merupakan sebahagian pemain bola sepak yang menjadi tumpuan semasa tempoh pemindahan pemain bermula pada musim panas kali ini.

Tempoh pemindahan untuk musim akan datang mula dibuka pada Rabu, 14 Jun dan akan ditutup pada Jumaat 1 September.

Berikut beberapa nama yang dikaitkan dengan beberapa pemindahan.

Jude Bellingham

Kapten Borussia Dortmund termuda berusia 19 tahun ini dianggap “luar biasa” oleh pengurus Liverpool, Jurgen Klopp, Bellingham merupakan salah seorang pemain bola sepak paling dikehendaki pada musim panas kali ini dan pada Isnin, beliau dinamakan selaku pemain Bundesliga terbaik untuk musim kali ini.

Difahamkan Real Madrid sedang dalam perbincangan untuk mendapatkan pemain tengah asal England itu dan rela membayar £89 juta ($149.3 juta) – meskipun Dortmund dikatakan inginkan £130 juta.

Manchester City juga dipercayai berminat mendapatkan belia itu yang telah bermain sebanyak 42 kali untuk kelab tersebut musim ini, menjaringkan 14 gol dan memberikan tujuh bantuan.

SAAT JARING GOL: Penyerang berbisa Tottenham, Harry Kane kini dikaitkan dengan Manchester United.
SAAT JARING GOL: Penyerang berbisa Tottenham, Harry Kane kini dikaitkan dengan Manchester United. - Foto REUTERS

Harry Kane

“Harry Kane, kami jumpa anda pada Jun nanti!”

Itulah laungan para peminat pasukan Manchester United kepada penyerang berbisa Tottenham Hotspur itu selepas kededua pasukan itu seri 2-2 pada April lalu.

United, seperti Chelsea, Bayern Munich dan Paris St-Germain (PSG) berulang kali dikaitkan dengan pemain berusia 29 tahun itu.

Lantas Tottenham dan Kane mempunyai keputusan yang perlu dibuat segera. Penjaring terbanyak pasukan England itu tinggal baki setahun bagi kontraknya dan sekiranya beliau tidak melanjutkan kontrak itu, beliau mungkin meninggalkan kelab tersebut secara percuma pada musim akan datang.

Keupayaan Kane memang tidak dapat dinafikan – beliau telah jaringkan 213 gol dalam 435 penampilan buat Tottenham dan hanya 47 gol kurang daripada 260 jaringan oleh Alan Shearer dalam EPL.

CUKUP SUDAH: Pemain West Ham United, Declan Rice, yang mendukung anaknya memberi respons kepada sorakan peminat di Upton Park pada hari terakhir musim. Ada kemungkinan besar Rice akan berpindah ke kelab lain pada musim panas ini.
CUKUP SUDAH: Pemain West Ham United, Declan Rice, yang mendukung anaknya memberi respons kepada sorakan peminat di Upton Park pada hari terakhir musim. Ada kemungkinan besar Rice akan berpindah ke kelab lain pada musim panas ini. - Foto REUTERS

Declan Rice

Declan Rice mungkin menjadi kapten West Ham pertama yang memenangi trofi Eropah sejak Bobby Moore menjulang Piala Juara Piala pada 1965.

Sebelum kemenangan perlawanan kedua suku akhir Liga Europa mereka ke atas AZ Alkmaar, pengurus West Ham, David Moyes, berkata terdapat kemungkinan bahawa Rice akan berpindah pada musim panas ini.

Pemain berusia 24 tahun itu telah menolak semua usaha untuk mendapatkannya menandatangani kontrak yang dilanjutkan West Ham di sebalik minat yang dilahirkan banyak kelab Eropah terhadap pemain itu.

Rice mula diperkenalkan menerusi sistem belia di West Ham dan telah bermain 41 kali bersama England, bermain dalam kesemua lima perlawanan di Piala Dunia Qatar lalu.

Terdapat berita Rice akan berpindah ke Arsenal, namun pasukan itu mungkin perlu menggadakan £72 juta yang dibayar mereka semasa mendapatkan Nicolas Pepe pada 2019.

AMAT DIMINATI: Victor Osimhen,  telah menjadi tumpuan banyak kelab ternama Eropah menyusuli persembahan hebatnya bersama Napoli.
AMAT DIMINATI: Victor Osimhen, telah menjadi tumpuan banyak kelab ternama Eropah menyusuli persembahan hebatnya bersama Napoli. - Foto EPA-EFE

Victor Osimhen

Pemain ini telah menjadi tumpuan banyak kelab ternama Eropah menyusuli persembahan hebatnya bersama Napoli.

Difahamkan Chelsea, Arsenal, Manchester United, Liverpool, PSG dan Real Madrid merupakan sebahagian pasukan yang dikaitkan dengan penyerang itu baru-baru ini.

Beliau juga adalah penjaring gol terbanyak Serie A pada musim ini dengan 25 gol dalam 31 perlawanan, membantu Napoli menjuarai Serie A untuk musim kali ini.

Pemain berusia 22 tahun itu meminati Didier Drogba sejak dahulu lagi, dan pada 2016 menolak tawaran Arsenal apabila beliau menandatangani kontrak dengan skuad liga Jerman, Wolfsburg.

Pakar bola sepak Italy, James Horncastle, berkata Osimhen dijangka bernilai lebih £90 juta dan mungkin hampir mencecah £130 juta.

Penyerang itu pernah melahirkan hasrat bermain dalam Liga Perdana England (EPL), pada Mac lalu.

JADI TUMPUAN: Mason Mount telah menolak tawaran baru Chelsea dan kini Manchester United, Liverpool serta Arsenal dilaporkan berminat mendapatkan pemain ini.
JADI TUMPUAN: Mason Mount telah menolak tawaran baru Chelsea dan kini Manchester United, Liverpool serta Arsenal dilaporkan berminat mendapatkan pemain ini. - Foto REUTERS

Mason Mount

Difahamkan Manchester United, Liverpool dan Arsenal sedang berusaha mendapatkan pemain tengah England itu yang dilaporkan menolak tawaran baru Chelsea.

Pengurus United, Erik ten Hag dilaporkan ingin melepaskan seorang bintangnya dalam usaha mendapatkan khidmat Mount.

Kontrak Mount dengan Chelsea dilaporkan berakhir akhir musim akan datang dan Chelsea dilaporkan telah meletakkan harga £70 juta bagi pemain berusia 24 tahun itu.

Dalam satu laporan, Mount berkata dalam catatan Instagramnya:

“Adalah adil untuk menyatakan bahawa persembahan kami turun naik, namun sokongan (penyokong) tiada akhirnya.

“Semasa kami mengembara seluruh negara, anda berada bersama kami sepanjang jalan dan kadang kala memang kami tidak layak dapat sokongan itu,” kata Mount. – Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg