Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Harry Maguire bermain seperti yang diinginkan Man United: Ten Hag

Oct 24, 2023 | 3:52 PM
BERMAIN LEBIH BAIK: Harry Maguire bermain dengan lebih baik untuk pasukan Manchester United dalam dua perlawanan Liga Perdana England (EPL) terkini.
BERMAIN LEBIH BAIK: Harry Maguire bermain dengan lebih baik untuk pasukan Manchester United dalam dua perlawanan Liga Perdana England (EPL) terkini. - Foto REUTERS

LONDON: Pemain pertahanan England, Harry Maguire kini bermain pada tahap seperti yang diinginkan, kata pengurus Manchester United, Erik ten Hag.

Maguire, 30 tahun, telah disertakan dalam kesebelasan utama bagi dua perlawanan Liga Perdana England (EPL) United yang baru lalu, membantu pasukannya itu menang 2-1 ke atas Brentford dan Sheffield United.

Pemain bek tengah itu dilucutkan kedudukannya sebagai kapten pasukan pada Julai dan dikaitkan dengan perpindahan ke West Ham United.

“Saya amat gembira dengan cara permainannya,” kata ten Hag selepas Maguire ditabal selaku pemain terbaik perlawanan di Bramall lane menentang Sheffield United.

“Saya ingin katakan bahawa Harry bermain seperti yang kami inginkan daripadanya.

“Beliau amat proaktif dari segi mengawal bola, mendominasi pihak lawan, bertindak bila perlu, membaca permainan dengan baik, membuat umpanan menarik dan beralih kedudukan,” ujarnya.

Maguire membesar di Sheffield United dari usia tujuh tahun hingga 21 tahun sedang pasukan itu bersaing dalam peringkat dua dan tiga bola sepak England.

Beliau mendapat perhatian pasukan nasional semasa bermain di Bramall Lane dalam final Piala Belia FA 2011 menentang pasukan Manchester United yang ketika itu diwakili Paul Pogba dan Jesse Lingard.

Maguire merupakan pemain tunggak pasukan England yang mencapai ke peringkat separuh akhir Piala Dunia 2018 dan final Euro 2020.

Namun permainannya yang kurang meyakinkan menimbulkan kritikan di akhbar, dalam talian dan media sosial.

Beliau diejek oleh peminat semasa bermain untuk England, semasa perlawanan persahabatan menentang Ivory Coast dan Jerman, pada 2022 selain mewakili United dalam persahabatan pramusim di luar negara selama dua musim.

Pada September, ibu Maguire berkata penderaan yang dihadapi anaknya itu dianggap memalukan dan tidak boleh diterima, sedang pengurus England, Gareth Southgate berkata layanan oleh para peminat sememangnya tidak wajar.

Kemenangan United pada Sabtu itu susulan berita kematian Sir Bobby Charlton – bekas pemain yang mewakili pasukan England yang menjuarai Piala Dunia dan penjaring 249 gol dalam 758 perlawanan untuk Manchester United. – Agensi berita.

“Saya amat gembira dengan cara permainannya. Saya ingin katakan bahawa Harry bermain seperti yang kami inginkan daripadanya. Beliau amat proaktif dari segi mengawal bola, mendominasi pihak lawan, bertindak bila perlu, membaca permainan dengan baik, membuat umpanan menarik dan beralih kedudukan.”
Erik ten Hag, pengurus Manchester United.
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg