Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Pemain bola sepak England dan Manchester United Bobby Charlton, meninggal dunia

Oct 22, 2023 | 04:24 PM



Bobby Charlton, pemenang Piala Dunia England dan salah seorang pemain terhebat Manchester United, meninggal dunia pada Sabtu pada usia 86 tahun. 

Encik Charlton adalah seorang tokoh utama dalam pasukan Piala Dunia England pada tahun 1966. 

Beliau telah bermain bersama abangnya Jack, dan telah membuat 758 penampilan dan menjaringkan 249 gol untuk United. 

“Manchester United kini berasa sedih berikutan pemergian Encik Bobby Charlton, salah seorang pemain terhebat dan paling disayangi dalam sejarah kelab kami,” kata kelab Liga Perdana itu dalam satu kenyataan. 

Encik Charlton menghabiskan masa selama 17 tahun di Old Trafford dan semasa beliau berusia 20 tahun, beliau adalah sebahagian daripada pasukan “Busby Babes”.

Pasukan itu berpecah akibat kemalangan udara Munich pada 1958 di mana 23 orang mati, termasuk lapan pemain United. 

Beliau menjaringkan dua goal untuk England dalam kemenangan separuh akhir Piala Dunia ke atas Portugal pada tahun 1966 dan memainkan peranan penting dalam kemenangan 4 - 2 ke atas Jerman Barat dalam perlawanan akhir di mana Geoff Hurst menjaringkan hatrik. 

“Berita yang sangat menyedihkan hari ini. Salah satu daripada pemain terbaik, Encik Bobby Charlton telah meninggal dunia. 

“Kami semua tidak akan melupakannya. Seorang rakan sekerja dan rakan yang hebat, beliau akan sangat dirindui seluruh negara,” Hurst menulis di platform X.     

Charlton membantu United menjuarai Piala Eropah pada 1968 dan tiga kejuaraan Liga Inggeris serta Piala FA. 

“Hari ini bukan hanya hari yang menyedihkan bagi Manchester United & England, ia hari yang menyedihkan bagi bola sepak dan segala-galanya yang diwakili Encik Bobby,” kata bekas pemain tengah United dan England, David Beckham. 

Encik Charlton mencapai 106  penampilan di peringkat antarabangsa untuk England dan telah menjaringkan 49 gol. 

Selepas bersara, beliau berkhidmat sebagai duta untuk bola sepak United dan England dan secara meluas dihormati di seluruh dunia. -REUTERS




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >