Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

BOLA SEPAK ENGLAND

Hartawan Britain, Jim Ratcliffe, lahir hasrat beli Man United

Permulaan buruk musim ini tambah kritikan ke atas keluarga Glazer dari Amerika yang memiliki kelab ini
Aug 19, 2022 | 05:30 AM



LONDON: Hartawan Britain, Sir Jim Ratcliffe, ingin membeli kelab Liga Perdana England (EPL), Manchester United.



Berita berkaitan keinginan hartawan berusia 69 tahun itu menyusuli satu laporan bahawa keluarga Glazer bersedia menjual sebahagian saham kelab tersebut.



"Sekiranya kelab ini dijual, Jim pastinya pembeli yang layak.



"Jika sesuatu seperti ini boleh dicapai kami ingin sekali berbincang dengan kemungkinan menjadi pemilik jangka panjang," kata jurucakap Sir Ratcliffe kepada The Times.



United yang merupakan juara 20 kali England, kini berada di kedudukan corot EPL selepas dua kekalahan berturut-turut dalam dua perlawanan pembukaan musim baru ini.



Pasukan itu kini dipimpin pengurus baru mereka yang berasal dari Belanda, Erik ten Hag.



Permulaan yang buruk itu jelas menambah kritikan terhadap Glazer dan seolah-olah mereka kurang peka dalam membuat pelaburan kepada skuad tersebut.



Keluarga Glazer merupakan pemilik Manchester United sejak 2005.



Musim panas kali ini menyaksikan kegagalan pasukan itu mendapatkan khidmat pemain baru termasuk pemain tengah Belanda, Frenkie de Jong, sementara bintang sensasi United, Cristiano Ronaldo, mungkin akan meninggalkan kelab tersebut.



Kelab itu mula berhadapan masalah sejak Sir Alex Ferguson bersara pada 2013 dan mereka gagal memenangi sebarang piala sejak 2017.



Terdapat pelbagai bantahan terhadap Glazer sebagai pemilik sejak beberapa tahun kebelakangan ini, termasuk pada Mei tahun lalu sehingga menyebabkan perlawanan United menentang Liverpool di Old Trafford terpaksa ditangguhkan.



Para peminat United sedang merancang satu lagi bantahan terhadap keluarga Amerika itu apabila United berhadapan Liverpool di Old Trafford awal pagi Selasa ini.



Sir Ratcliffe, yang dilahirkan di Lancashire, merupakan pemilik saham utama kumpulan syarikat kimia, Ineos, dan dikenali sebagai peminat kuat United.



Beliau juga pemilik pasukan bola sepak kelab Perancis, Nice selain pasukan berbasikal Lausanne-Sport dan Ineos Grenadiers. Ineos juga mempunyai kerjasama dengan pasukan Formula Satu (F1) Mercedes.



"Ini bukan tentang wang yang telah dibelanjakan atau tidak dibelanjakan.



"Jim sedang memerhatikan apa yang boleh dilakukan kini dan beliau akur betapa pentingnya kelab itu kepada bandar tersebut... beliau berasa memang sesuai sekali untuk menghidupkannya semula," kata jurucakap itu.



Kelmarin, orang terkaya di dunia, Elon Musk, berseloroh menerusi Twitter yang beliau ingin membeli pasukan bergelar The Red Devils itu.



Musk, 51 tahun, dilaporkan mempunyai kekayaan berjumlah AS$270 bilion ($372.6), menurut Forbes, sedangkan Sir Ratcliffe pula mempunyai kekayaan bernilai AS$16.3 bilion.



Mei lalu, Sir Ratcliffe gagal dalam tawarannya untuk membeli pasukan Chelsea dengan harga £4.25 bilion ($7 bilion) selepas bekas pemilik pasukan itu, Roman Abramovich, menjual kelab tersebut.



Pada masa itu, Sir Ratcliffe berkata bahawa beliau masih lagi peminat United dan sebab beliau tidak membida membeli United ialah pada masa itu kelab tersebut belum lagi hendak dijual.



Chelsea kini dimiliki hartawan Amerika, Todd Boehly.



Menurut satu laporan, Sir Ratcliffe tidak merahsiakan hasratnya untuk memiliki sebuah kelab EPL.



Sementara itu, satu laporan berasingan pula menyatakan bahawa keluarga Glazer tiada hasrat menjual United tetapi terbuka untuk membawa masuk pelaburan ke kelab tersebut.



Sekiranya terdapat hasrat untuk menyuntik pelaburan ke kelab seperti United, kemungkinan banyak pihak yang akan melahirkan minat - memandangkan terdapat ramai yang berhasrat melabur dalam kelab-kelab EPL.



Ini kerana dalam jangka masa beberapa tahun ini ramai yakin bahawa minat terhadap penstriman akan bertambah dan mereka boleh meraih keuntungan daripada para peminat kelab-kelab EPL dari merata dunia. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >