PERJALANAN sekitar dua hari ke Brazil menjangkau lebih 60 jam apabila pesawat mereka tergendala tetapi Rohaizad Mohamed, 30 tahun dan Mohammad Nur Aidil Abdullah, 31 tahun akhirnya tiba dengan selamat di Sao Paulo Sabtu lalu.
Rabu lalu, pasangan itu berangkat ke Kuala Lumpur untuk menaiki pesawat transit ke Sao Paulo demi menjimatkan perbelanjaan tetapi rancangan mereka hampir membawa padah apabila pesawat mereka tergendala hampir sehari.