Jika anda masih kurang kenal dengan nama, Lamine Yamal, anda mungkin bukan peminat bola sepak sebenar atau bak katak di bawah tempurung!
Pemain Sepanyol itu telah mengisi banyak tajuk berita utama sejak Kejohanan Eropah di Jerman bermula.
Beliau mengukir namanya dalam sejarah selepas menjaringkan gol di separuh akhir yang membuka laluan bagi negaranya itu melangkah ke final.
Dalam perlawanan final dengan England dinihari nanti – hanya beberapa jam selepas Yamal menyambut hari ulang tahun ke-17 – Yamal akan bertungkus lumus membantu pasukannya memenangi trofi idaman dan dilihat sebagai ‘kunci’ kreatif yang boleh menembusi benteng England yang dibentuk John Stones.
Kelincahan Yamal menggelecek lawan dengan bola bak ‘melekat’ di kaki bermakna beliau tidak boleh diberi ruang walau seinci untuk bergerak bebas di bahagian pertahanan England.
Satu cabaran utama bagi England adalah untuk mengekang pemain ini sepanjang 90 minit perlawanan.
Ia satu perkara yang hampir mustahil, sebagaimana yang kini disedari pemain midfield Perancis, Adrien Rabiot.
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg