Topic followed successfully
Go to BHkuHodgson bantu Bristol City raih kemenangan kedua
Hodgson bantu Bristol City raih kemenangan kedua
Hodgson bantu Bristol City raih kemenangan kedua
LONDON: Pengurus sementara Bristol City, Roy Hodgson, mencatatkan dua kemenangan berturut-turut apabila pasukannya berjaya menewaskan Sheffield United di Ashton Gate pada 6 April.
Mark Sykes menjaringkan satu-satunya gol dalam perlawanan itu untuk memastikan kemenangan pertama Bristol City di tempat sendiri sejak 24 Januari.
Sheffield United atau Blades mempunyai banyak peluang untuk bangkit pada separuh masa kedua tetapi penjaga gawang pinjaman City daripada Manchester United, Radek Vitek, berjaya membantu menjaga gawang gol dari dibolosi.
City naik ke tangga ke-11, tujuh mata di belakang enam teratas dengan baki lima perlawanan. Sheffield United kekal di tangga ke-17.
Pergerakan satu sentuhan yang rumit menyaksikan hantaran cantik daripada pemain tengah, Max Bird, memecahbelahkan pertahanan Blades.
Penjaga gol Adam Davies berjaya menyelamatkan percubaan Emil Riis, tetapi bola sampai ke Sykes, yang rembatan kaki kanannya dari luar kotak penalti berjaya melepasi tiga pemain pertahanan ke sudut bawah gawang.
Bos Sheffield United, Chris Wilder, membuat dua pertukaran pada separuh masa pertama – memasukkan pemain tengah Gustavo Hamer dan pemain sayap Andre Brooks, untuk mengubah ancaman serangan mereka.
Penjaga gol Vitek berjaya menepis rembatan Hamer dari tepi kotak penalti, sebelum menyelamatkan percubaan Brooks dengan cemerlang. Pemain Czech itu kemudian merebahkan badan dengan berani untuk mendapatkan bola di kaki Patrick Bamford.
Vitek kemudian sekali lagi berjaya menyelamatkan bola daripada bolos ke pintu gawang apabila tandukan pemain pertahanan Mark McGuinness hampir melepasi kepalanya.
Kini pasukan pimpinan Wilder bersiap untuk berdepan Hull City pada 11 April.
Bristol City akan cuba meneruskan rekod 100 peratus Hodgson dan sekali gus menjadikannya tiga kemenangan berturut-turut buat kali kedua musim ini apabila mereka bertandang ke Queen Park Rangers (QPR).
“Pertahanan adalah kuncinya. Tumpuan dan keazaman daripada penjaga gol dan pemain pertahanan, disokong pula oleh bahagian tengah dan pemain hadapan.
“Kami ditanya begitu banyak soalan pada separuh masa kedua dan menjawab soalan-soalan itu membuatkan saya sangat berbangga dengan pemain,” kata Hodgson.
Mengenai prestasi penjaga gol Vitek, beliau berkata: “Dia sangat hebat dalam dua perlawanan terakhir ini. Saya tidak terkejut jika dia tidak kembali ke Manchester United akhirnya dan berada di sana untuk masa yang lama.
“Setiap perlawanan mengajar anda banyak perkara. Malangnya, anda memerlukan lebih banyak masa untuk memproses sesuatu dan memperbaikinya, tetapi ia merupakan dua perlawanan yang hebat.” – Agensi berita.

