KELAYAKAN EURO 2016

Hodgson mahu kekal rekod 100%

Kemenangan ke atas San Marino hampir pasti letakkan England ke Euro 2016

LONDON: Pengurus England, Roy Hodgson, telah mencabar pemainnya supaya mengekalkan rekod 100 peratus mereka dalam Kelayakan Euro 2016, kata pemain Swansea yang mendapat undangan semula menyertai pasukan negaranya, Jonjo Shelvey.

Kemenangan ke atas pasukan kerdil, San Marino, esok (12 tengah malam waktu Singapura) dijangka menjamin kedudukan England di pusingan akhir Euro 2016 di Perancis nanti sekalipun masih mempunyai tiga lagi perlawanan dalam tangan.

Pakej Tablet BH yang BARU
Dapatkan tablet Samsung (bernilai $398) dengan langganan 2 tahun
Hanya $19.90*sebulan