TANPA kemenangan selepas empat perlawanan dan terperuk di tangga corot Liga-S Great Eastern-Yeo's, Home United terdesak mengutip semua tiga mata apabila bertemu Garena Young Lions malam ini.
Kecuaiannya di depan gol - sesuatu yang berulang sejak awal musim - kini menghantui anak didik Phillippe Aw yang baru menjaringkan empat gol setakat ini.