LIGA PERDANA SINGAPURA
Home terus dikecewakan, Tampines terus dijulang kejayaan
Home seri dengan Balestier, Tampines tumpaskan Geylang
Mar 19, 2019 | 05:30 AM
PASUKAN Home United, terus gagal meraih sebarang kemenangan selepas seri 0-0 dengan Balestier Khalsa di Stadium Bishan kelmarin biarpun ia dianggap sebagai pencabar utama kejuaraan Liga Perdana Singapura (SPL).
Namun jurulatih pasukan Home, Saswadimata Dasuki, kekal optimistik kedudukan akan berubah apabila pemainnya yang mengalami kecederaan kembali beraksi.