Hyundai Motors jadi penaja bersama Liga-S

DENGAN lagi tiga hari musim baru bermula, Liga-S menerima rangsangan tepat apabila Hyundai Motors diumumkan sebagai penaja bersama baru dalam satu majlis di Komoco Motors di Alexandra Road, pada Khamis (23 Feb).

Pengilang kereta itu menyertai syarikat insurans Great Eastern dan menggantikan syarikat pengilang minuman Yeo's bagi perjanjian dua tahun.

Satu-satunya liga profesional Singapura itu akan dikenali sebagai Liga-S Great Eastern-Hyundai.

Encik Teo Hock Seng, Pengarah Urusan Kumpulan Komoco Motors, pengedar kereta Hyundai, berkata: "Mari kita lihat apa yang kita boleh hasil daripada hubungan kami, yang merupakan komitmen kami kepada bola sepak Singapura."

Presiden majlis sementara Persatuan Bola Sepak Singapura, Encik Lim Kia Tong, berkata: "Hakikat bahawa syarikat berbilang negara terkemuka seperti Hyundai sanggup memberi sokongan kuta kepada kuat dan mahu menjadi sebahagian daripada bola sepak Singapura menunjukkan kekuatan pertandingan ini dan kami menghargai sokongan mereka."

Perjanjian terbaru menambah kepada portfolio Hyundai sebagai penaja bola sepak. Syarikat Korea adalah rakan rasmi Fifa, penaja Uefa dan penaja utama Liga A Australia.