Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Ikuti persiapan terakhir pasukan Singa wanita sebelum ke Sukan Asia

Sep 19, 2023 | 6:28 PM
BERI TUMPUAN: Penyerang Singapura, Farhanah Ruhaizat (tengah), ketika beraksi menentang pasukan Bawah 14 Tahun Pusat Pembangunan Nasional (NDC), dalam satu perlawanan persahabatan di Hab Bola Sepak Kallang pada Sabtu.
BERI TUMPUAN: Penyerang Singapura, Farhanah Ruhaizat (tengah), ketika beraksi menentang pasukan Bawah 14 Tahun Pusat Pembangunan Nasional (NDC), dalam satu perlawanan persahabatan di Hab Bola Sepak Kallang pada Sabtu. - Foto BH oleh NUR DIYANA TAHA

Pejam celik, pejam celik.

Pasukan bola sepak wanita Singapura kini hanya kurang seminggu sebelum membuat penampilan sulung mereka dalam Sukan Asia di Hangzhou, China.

Intensiti latihan semakin meningkat dan mencabar serta persiapan sudah mencapai tahap terakhirnya.

Berita Harian (BH) mengajak anda menjejaki persiapan pasukan itu menerusi lensa penyerang Farhanah Ruhaizat.

View post on TikTok

Dalam satu siri video, Farhanah membawa BH ke balik tabir perlawanan terakhir skuad Singa wanita sebelum berlepas pada 20 September ke Hangzhou bagi temasya sukan dari 23 September hingga 8 Oktober itu.

Pada Sabtu, mereka telah menentang pasukan Bawah 14 Tahun Pusat Pembangunan Nasional (NDC) dalam satu perlawanan persahabatan di Hab Bola Sepak Kallang.

Sementara itu, Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) dalam kenyataannya pada Selasa, berkata bahawa ada perubahan pada senarai 22 pemain skuad kendalian jurulatih Karim Bencherifa itu.

Umairah Hamdan terpaksa menarik diri akibat ligamen medial yang koyak pada lututnya, yang dialami semasa perlawanan pada Sabtu.

Pemain midfield Lion City Sailors itu akan digantikan oleh Mastura Jeilani dari Balestier Khalsa.

Singapura akan menentang juara tiga kali Sukan Asia, Korea Utara, sebanyak dua kali dalam Kumpulan C pada 24 dan 27 September.

Ini selepas Kemboja menarik diri daripada Sukan Asia ke-19 itu.

Bola sepak wanita diperkenal di Sukan Asia pada 1990, tetapi pasukan wanita Singapura tidak pernah mengambil bahagian dalam lapan kejohanan lalu.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg