Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Ikuti rutin harian Farhanah di tempat kerja

Sep 18, 2023 | 3:05 PM
HARUS IMBANG MASA: Farhanah Ruhaizat bekerja sebagai pegawai perhubungan tetamu di Pusat Sukan Bedok ActiveSG.
HARUS IMBANG MASA: Farhanah Ruhaizat bekerja sebagai pegawai perhubungan tetamu di Pusat Sukan Bedok ActiveSG. - Foto-foto BH oleh NUR DIYANA TAHA

Sebagai seorang pemain bola sepak, Farhanah Ruhaizat ligat menggelecek bola dan menjaringkan gol di padang.

Tetapi apabila tidak memakai kasut but dan jersi warna merah Singa, pemain midfield Singapura itu tetap dekat dengan sukan.

Ramai atlet nasional Singapura perlu berkorban masa bagi mengimbangi masa untuk latihan, komitmen mewakili negara di luar dan pekerjaan atau tugas sekolah. 

Farhanah, 25 tahun, yang bekerja sebagai pegawai perhubungan tamu di Pusat Sukan Bedok ActiveSG, tidak terkecuali.

Dalam siri video yang merakam persiapan skuad Singa wanita menjelang Sukan Asia 2023 di Hangzhou, China, Berita Harian kali ini mengajak anda menjejaki rutin harian Farhanah di tempat kerjanya.

Skuad muktamad 22 pemain Singa wanita telah dinamakan dan akan berangkat ke China pada 20 September bagi temasya dari 23 September hingga 8 Oktober itu.

Singapura akan menentang juara tiga kali Sukan Asia, Korea Utara, sebanyak dua kali dalam Kumpulan C pada 24 dan 27 September.

Ini selepas Kemboja menarik diri daripada Sukan Asia ke-19 itu.

Bola sepak wanita diperkenal di Sukan Asia pada 1990, tetapi pasukan wanita Singapura tidak pernah mengambil bahagian dalam lapan kejohanan lalu.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg