Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Ilhan Fandi mahu cuba nasib aksi di luar S'pura

Nov 10, 2022 | 05:30 AM



SETELAH 'menjaringkan' hatrik trofi dalam Malam Anugerah Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) kelmarin, penyerang muda, Ilhan Fandi, kini menetapkan sasaran mengembangkan sayapnya di luar negara.



Ilhan, yang turut menyambut ulang tahunnya yang ke-20 kelmarin, menerima hadiah istimewa itu apabila membolot tiga anugerah - Pemain Muda Terbaik, Gol Terbaik dan disenaraikan dalam Pasukan Terbaik Liga Perdana Singapura (SPL).



Penyerang itu melalui musim yang cemerlang selepas menyumbatkan 17 gol - untuk Young Lions sebelum menyertai Albirex Niigata pada April lalu - menjadikan beliau pemain terbaik setempat musim ini.



Beliau baru-baru ini juga telah merangkul kejuaraan SPL bersama Albirex dan kini fokus menjulang pula trofi Piala Singapura. Albirex telah pun melangkah ke pusingan separuh akhir kejohanan merebut piala itu.



Kontrak Ilhan bersama pasukan White Swans tamat hujung musim ini.



"Menjadi impian setiap pemain untuk bermain di luar negara. Saya mahu meneroka dan menjelajah ke negara lain... di luar Asia. Saya ingin menguji diri saya dan keluar dari zon selesa dan lihat sama ada saya sudah bersedia untuk tahap itu," kata beliau.



Kededua abangnya, Irfan dan Ikhsan, beraksi di luar Singapura bersama kelab Thai, BG Pathum United.



Laporan lanjut - Hari jadi penuh istimewa bagi Ilhan




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >