Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

BOLA SEPAK TEMPATAN

Ilhan Fandi sedia uji diri di rantauan

Dec 13, 2022 | 05:30 AM



PEMAIN Muda Terbaik Liga Perdana Singapura (SPL) 2022, Ilhan Fandi, bersedia untuk menguji dirinya di luar negara untuk memajukan perkembangannya sebagai pemain bola sepak.



Penyerang berusia 20 tahun itu akan menyertai kelab divisyen dua Belgium, KMSK Deinze, selepas beliau mengesahkan beliau tidak akan bermain dalam Liga Perdana Singapura (SPL) musim depan.



"Saya rasa saya melalui musim yang baik tahun ini, dan matlamat saya ialah pergi ke luar negara dan menguji diri dalam persekitaran yang berbeza.



Saya rasa ia lebih baik untuk lakukannya sekarang,'' beliau beritahu akhbar The Straits Times (ST). Deinze berada di tangga kelapan dalam Liga Challenger Pro dengan baki enam perlawanan.



Selepas permulaan yang sukar musim ini, kelab itu hanya mengalami satu kekalahan dalam tujuh perlawanan terakhir dan merupakan satu-satunya kelab divisyen dua yang melayakkan diri ke pusingan kalah mati Piala Belgium.



Ini adalah musim ketiga Deinze beraksi dalam divisyen kedua selepas mereka memenangi Divisyen Amatur Pertama Belgium pada 2020 dan melayakkan diri ke divisyen lebih tinggi itu.



Deinze telah diambil alih pada Januari oleh dana pelaburan yang berpangkalan di Singapura, ACA Football Partners.



Mereka berharap untuk menjadikan Deinze kelab pusat dalam model pemilikan yang akan melibatkan banyak lagi kelab.



Ia menyasarkan untuk bermain di peringkat teratas apabila meraikan ulang tahun ke-100nya pada 2026.



Selain daripada Deinze, Ilhan juga mempunyai pilihan untuk menyertai pasukan kedua Austin FC dalam Liga Major Amerika (MLS) Next Pro di Amerika Syarikat.



Tetapi beliau memilih untuk bermain di Belgium.



Ilhan kini bersama pasukan kebangsaan di Chiba, Jepun, untuk kem latihan sebagai persediaan menghadapi Kejohanan Persekutuan Bola Sepak Asean (AFF) yang berlangsung dari 20 Disember 2022 hingga 16 Januari 2023.



Beliau akan menjadi pemain bola sepak Singapura pertama yang akan bermain di Belgium.



Penyerang muda itu juga mengikut jejak langkah ahli keluarganya yang pernah menceburkan diri ke luar negara.



Bapanya, legenda bola sepak Fandi Ahmad, bermain untuk pasukan Belanda, Groningen dari 1983 hingga 1985, manakala abangnya Irfan dan Ikhsan Fandi kini bermain untuk BG Pathum di Thailand.



"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua orang kerana menjadikan masa saya di Albirex begitu menyeronokkan.



"Saya gembira kerana kami memenangi liga dan saya mengucapkan yang terbaik bagi Albirex pada musim akan datang," kata Ilhan.



Selepas menjaringkan 20 gol dalam 27 perlawanan SPL dan Piala Singapura untuk Albirex Niigata pada 2022, Ilhan akan berharap untuk mencabar dirinya di Belgium pula.



Albirex mengumumkan dalam satu kenyataan bahawa kelab itu telah bekerjasama dengan Deinze dengan tujuan untuk mengembangkan perniagaan bola sepak antara Asia dan Eropah.



"Kami berbesar hati mengalu-alukan Ilhan, bintang muda bola sepak Singapura, ke KMSK Deinze dan akan bekerjasama dengan Albirex Niigata.



"Bola sepak sangat popular di Singapura, dan kami merasakan kerjasama dengan Deinze ini akan memberi peluang kepada pemain Asia untuk menimba pengalaman baharu.



"Kami tidak sabar untuk melihat kejayaan Ilhan serta pembangunan langkah untuk menghubungkan Eropah dan Asia, termasuk kerjasama antara akademi," kata Hiroyuki Ono, Ketua Pegawai Eksekutif ACA Football Partners dan pemilik KMSK Deinze.




"Saya rasa saya melalui musim yang baik tahun ini, dan matlamat saya ialah pergi ke luar negara dan menguji diri dalam persekitaran yang berbeza.
Saya rasa ia lebih baik untuk lakukannya sekarang.''
- Ilhan Fandi




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >