Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Impian penggusti lumpur Uganda ke peringkat dunia

Apr 01, 2024 | 05:30 AM



MUKONO (Uganda): Dalam gelanggang lumpur yang hanya ‘berpagarkan’ batang buluh dan diikat dengan dua tali kuning yang tipis, seorang wanita muda terbaring selepas dijatuhkan lawannya.


Beliau mendapat peluang untuk memberikan tentangan menerusi satu tendangan ke kaki lawannya sambil diberi sorakan ramai penggusti lain yang sedang menyaksikan pertarungan luar biasa itu dari luar gelanggang berkenaan.

Anak-anak muda yang berkaki ayam itu sedang berlatih ‘gusti di tanah berlumpur’ Akademi Gusti Bumbash dekat bandar Mukano, yang terletak sekitar 30 kilometer di barat ibu kota Uganda, Kampala, dengan harapan kemahiran mereka akan diiktiraf dan mampu membawa kejayaan, satu hari nanti.

Sukan itu meniru gerakan dan aksi penggusti World Wrestling Entertainment (WWE) di Amerika Syarikat.

Seperti WWE, versi gusti Uganda juga bak teater dalam sukan, dengan pengumuman dibuat serupa dengan rancangan sukan hiburan Amerika dan diselia seorang pengadil yang memakai baju jalur hitam putih.

Namun para pesaing di Uganda perlu menjalani latihan dan keadaan kehidupan yang amat mencabar.

“Budak lelaki dan perempuan di sini bakal menjadi Hulk Hogan dan Sasha Bank pada masa depan,” kata pengasas akademi itu, Daniel Bumba.

Kedua-dua Hulk Hogan dan Sasha Bank adalah nama yang amat dikenali dalam dunia gusti WWE.

Bumba, 35 tahun, adalah pengasas bersama sekolah itu sejak 2023. Seorang lagi adalah rakannya, Arthur Asiimwe, 32 tahun.

Akademi itu kini mempunyai seramai 200 individu yang menerima latihan, dan 30 daripada mereka adalah kaum Hawa.

Terletak dalam kawasan paya yang dikelilingi pokok kayu putih atau eucalyptus dan keladi, akademi itu memaparkan sebuah dapur terbuka yang bersebelahan satu pejabat dua bilik, di mana sebuah televisyen sebesar 65 inci memaparkan sesi-sesi latihan.


Di satu sudut, sebuah tangga yang diperbuat daripada sebatang kayu serta dua ranting digunakan sebagai peralatan untuk melakukan beberapa aksi nekad – serupa seperti yang dilakukan dalam WWE.

“Kami sedang menonton pertarungan WWE namun kami tidak tahu bahawa satu hari nanti warga Uganda akan berpeluang bergusti di Uganda,” kata pelatih, Bridget Nahoba.

“Sejurus saya dapat tahu bahawa Uganda mempunyai sebuah akademi gusti, saya rasakan saya perlu sertainya secepat mungkin, dan impian saya jadi nyata,” katanya.

Bekas pelajar kejururawatan berusia 25 tahun itu berharap beliau dapat menyertai WWE sebagai membuktikan bahawa sukan itu juga membuka pintunya kepada kaum Hawa.

Nevia Hope Nabwire, 18 tahun, berkongsi aspirasi yang serupa.

“Saya gemarkan gusti. Saya gemarkan Sasha Banks. Saya ingin jadi sepertinya,” kata penjual barangan tepi jalan raya, yang berhenti sekolah kerana tidak mampu membayar yuran.

Anak-anak muda itu – yang bercita-cita untuk keluar daripada lingkaran kesusahan di kampung mereka – berlatih bersungguh-sungguh selama lima hari setiap minggu.

Di bawah terik mentari, mereka berlatih mengangkat berat selain gerakan nekad seperti choke slam, power bomb selain teknik menghempas pihak lawan ke tanah lumpur.


Namun aksi amatur mereka itu telah menimbulkan kebimbangan dalam kalangan pihak perubatan yang telah memberi amaran tentang kemungkinan akan berlaku kecederaan.

“Anda kekal selamat sekiranya anda tahu bagaimana untuk jatuhkan diri dengan selamat.

“Namun risikonya adalah apabila anda tidak tahu jatuhkan diri dengan selamat,” kata Bumba yang akur bahawa latihan untuk kemahiran gusti itu mengambil masa sekitar lapan bulan.

Kegiatan akademi itu juga telah mendapat perhatian daripada pemerintah Uganda, dengan pegawai tentera melawat akademi itu pada awal Mac untuk memastikan ia bukan tapak latihan bagi pihak pemberontak yang antipemerintah.

Akademi itu sedang dalam proses untuk didaftarkan dengan pemerintah, satu langkah yang diharap dapat menarik pihak penaja.

“Kami mempunyai cabaran... mereka yang berlatih di sini sering kali mengalami malaria kerana kami bertempat dalam kawasan yang banyak nyamuk,” tambah Bumba.

“Akademi itu juga berisiko dikosongkan, memandangkan pemilik tanah telah menuntut sebanyak AS$20,000 ($26,600) daripada pengasas akademi agar mereka membeli kawasan seluas empat ekar di mana latihan tersebut dilakukan.

Namun di sebalik cabaran yang dilalui, para penggusti muda itu kekal berharap untuk mengejar impian ke Amerika.

“Saya ingin sekali bertemu dengan Roman Reigns satu hari nanti dan beraksi bersamanya dalam sukan yang sama,” kata Justice Omadi, seorang anak yatim. – AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >