Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

TINJU

Mike Tyson terima amaran doktor jelang lawan Jake Paul

Kededua petinju bakal beraksi dalam perlawanan pada 20 Julai
Mar 25, 2024 | 05:31 AM



TEXAS: Bekas juara heavyweight dunia, Mike Tyson telah diberi amaran doktor bahawa pertarungannya menentang Jake Paul boleh menimbulkan risiko urat saraf otaknya, rosak.


Ini selepas pencabarnya itu yang juga pempengaruh YouTube, dan kini bertukar menjadi petinju menolak desas-desus bahawa mereka akan memakai pelindung kepala semasa pertarungan tersebut.

Tyson dijadual bertemu Jake Paul dalam satu pertarungan yang akan disiarkan secara langsung menerusi laman penstriman Netflix pada 20 Julai di Stadium AT&T di Arlington, Texas.


Meskipun usia pencabarnya itu 30 tahun lebih muda darinya, namun Tyson yang pernah mendapat julukan ‘Iron Mike’ seolah-olah tidak mempedulikan jurang usia mereka.

Sebelum ini Tyson, 57 tahun, menganggap pertarungan menentang Paul, 27 tahun, “pasti menarik”.

Paul mempunyai rekod sembilan kemenangan tinju – termasuk enam menerusi knockout – dan satu kekalahan.


Tyson pula yang mempunyai rekod 50 kemenangan – termasuk 44 knockout – dan enam kekalahan, berharap untuk bersiap sedia memandangkan beliau akan berusia 58 tahun apabila pertarungan itu berlangsung dalam arena yang boleh menampung 80,000 penonton itu.


Laman Express United Kingdom (UK) memetik seorang doktor, Dr Stephen Hughes, yang melahirkan kebimbangan tentang keselamatan Tyson memandangkan usianya yang kian lanjut.


Beliau yang merupakan pensyarah kanan perubatan di Universiti Anglia Ruskin di UK, memberi amaran bahawa petinju veteran itu berisiko menghadapi hematoma subdura – sejenis kerosakan pada urat sarat di otak.

Beliau menjelaskan bagaimana tumbukan ke kepala dalam pertarungan itu boleh merosakkan bagi bekas petinju Amerika itu sambil berkata:

“Kesan serta-merta mungkin rendah, dan petinju itu mungkin boleh pulih.

“Tapi dalam beberapa kejadian, kesannya mungkin lebih teruk, dengan subdural haematoma boleh berlaku.”


Beliau turut memberi butiran bagaimana Tyson boleh menghadapi risiko akibat otak yang kian mengecut berikutan proses penuaan, dan ia boleh menambah risiko kepada kerosakan itu.

Ini diburukkan lagi dengan penyalahgunaan alkohol, yang pernah dilalui bekas petinju itu, yang membuat pengakuan tersebut pada 2013 kepada saluran kabel sukan Amerika, ESPN.

Meskipun begitu lawannya itu (Paul) berkeras bahawa pertarungan tersebut akan berlangsung tanpa sebarang perlindungan kepala sedang beliau menolak semua kenyataan rasa kurang senang yang dilempar di media sosial oleh netizen.

“Cita-cita saya adalah menjadi juara dunia, dan kini saya berpeluang membuktikan diri saya menentang bekas juara heavyweight dunia paling hebat.


“Beliau juga dianggap petinju paling “jahat” dan paling “berbahaya”.

“Sudah pasti ini pertarungan paling hebat,” kata Jake Paul seperti yang dilapor dalam laman web, Guardian.

Sebelum ini, Tyson ada menyatakan yang beliau teruja bertentangan dengan Jake Paul.

“Saya menantikan masa untuk masuk gelanggang dengan Jake Paul,” kata Tyson dalam satu kenyataan.

“Beliau telah berkembang sebagai seorang petinju sejak beberapa tahun lalu, maka sememangnya menarik untuk melihat bagaimana semangat dan keinginan seorang ‘kanak-kanak’ apabila berhadapan dengan petinju hebat yang berpengalaman dan peka.”

Kali terakhir Tyson masuk gelanggang tinju adalah pada November 2020 dalam satu perlawanan pertunjukan sebanyak lapan pusingan menentang Roy Jones Jr.

Pertarungan itu berakhir dengan keputusan sesi.

Pada awal Mac, Paul menang dengan menumbangkan lawannya, Ryan Bourland, dalam pusingan pertama.

Sementara itu dalam satu laporan berasingan, seorang jurulatih Muay Thai terkenal, Rafael Cordeiro, menyatakan bahawa Tyson akan memandang serius pertarungannya itu menentang Paul, meskipun jurang usia yang luas.

Ini kerana Tyson, tidak seperti Paul, telah berlawan di peringkat tinggi sepanjang tiga dekad lalu.

“Beliau (Paul) telah menghadapi banyak tentangan hebat, dan membangunkan kerjayanya dengan agak baik, bukan sekadar di peringkat kewangan malah beliau menghiburkan.

“Pada masa yang sama, Tyson pula membawa bersamanya (pengalaman) bergenerasi lamanya,” kata Cordeiro.

Tyson merupakan nama yang cukup popular pada 1980-an hingga 1990-an dan pantas menjadi juara tinju heavyweight termuda dalam sejarah sukan.


Kali terakhir Tyson bertinju secara profesional adalah pada 2005, apabila beliau tewas kepada petinju Ireland, Kevin McBride.

Sejak itu Tyson membangunkan reputasinya sebagai seorang usahawan dan penyampai podcast.

Namun sekiranya Tyson dapat menundukkan Paul dalam pertarungan itu, beliau membuktikan bahawa usia hanyalah angka. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >