Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

NASIB PENGURUS LIGA PERDANA ENGLAND (EPL)

Indah hanya sekejap

Setelah bawa Watford naik ke Liga Perdana, Xisco Munoz jadi pengurus pertama dipecat musim ini - lepas hanya 10 bulan dilantik
Oct 11, 2021 | 05:30 AM



LONDON: Xisco Munoz minggu lalu menjadi pengurus pertama Liga Perdana England (EPL) dipecat musim ini.



Dipecat sekitar 10 bulan selepas dilantik memimpin Watford, Munoz berkata beliau tidak menyangka masanya di kelab itu akan berakhir sedemikian.



Beliau, 41 tahun, membantu Watford meloncat ke EPL musim lalu, selepas menyertai kelab itu pada Disember 2020.



Namun, masanya di kelab itu terhad dan dilihat tidak berpanjangan selepas ia hanya mendapat tujuh mata daripada tujuh perlawanan pertama musim ini.



Masa depan Munoz di kelab itu juga kian malap selepas Watford tewas 1-0 kepada Leeds hujung minggu lalu.



Dalam kenyataannya, Watford berkata persembahan kelab itu kebelakangan ini membayangkan trend negatif.



Menulis di media sosial, Munoz berkata:



"Pengalaman saya di Watford amat indah, tetapi ia berkesudahan dengan cara yang saya tidak jangka sama sekali atau harapkan.



"Tapi saya menghargai peluang yang diberi kepada saya dan saya meninggalkan kelab ini dengan hanya kenangan indah."



Munoz menyertai Watford daripada kelab divisyen pertama Gergio Dinamo Tbilisi.



Beliau pengurus EPL pertama dipecat musim ini, tetapi yang ke-13 dibuang Watford sejak keluarga Pozzo mengambil alih kepimpinan kelab itu pada 2012.



Bekas pengurus Leicester Claudio Ranieri, yang memimpin kelab itu ke puncak liga pada 2016, telah dilantik untuk mengambil alih jawatan itu.



Ranieri, yang pernah memimpin Chelsea dan Fulham, meninggalkan Sampdoria di Serie A Italy musim panas lalu.



Watford, dalam kenyataannya, berkata:



"Lembaga kelab ini berasa ada trend negatif dalam pasukan ini, terutama dari segi perpaduan, dan kami harap ini akan bertambah baik selepas perubahan ini.



"Kami akan sentiasa menghargai sumbangan Xisco kepada kelab ini, yang membawa kami ke EPL dan mengucapkan selamat kepadanya.



"Watford membuka tirai musim EPL dengan berjaya, mencapai kemenangan 3-2 ke atas Aston Villa.



Ia juga mengatasi Crystal Palace dalam Piala Carabao pada musim kedua, sebelum disingkir oleh Stoke bulan lalu.



Perlawanan selanjutnya Watford ialah pada 16 Oktober, apabila ia menerima kunjungan Liverpool dalam perlawanan EPL. - Agensi berita.




Pengurus 'bagai telur di hujung tanduk'



PATRICK VIERA

Crystal Palace



Bekas pemain azimat Arsenal ini tangkas dalam padang, tetapi pengurusannya belum terbukti. Beliau menjadi pengurus menggantikan Roy Hodgson, yang bersara akhir musim lalu, dan diberi keyakinan oleh pemilik Palace untuk melabur dan membeli pemain baru.



Palace mengutip tujuh mata daripada tujuh perlawanan pertama, termasuk kemenangan pemberi semangat 3-0 ke atas Spurs. Keputusan itu mungkin memberi Viera lebih banyak masa untuk membina skuadnya, tetapi pemilik Palace telah menunjukkan ia kurang sabar terhadap pengurus tidak menghasilkan keputusan yang dikehendaki.



Pada 2016, Frank De Boer dipecat selepas hanya empat perlawanan liga.



MIKEL ARTETA

Arsenal



Pengurus Arsenal ini berdepan jangkaan besar selepas berbelanja besar pada musim panas. Arsenal tewas dalam tiga perlawanan pertama, meskipun jadual mencabar - dua kekalahan itu ialah kepada Chelsea dan Manchester City - ia bermakna keputusan itu tidak terlalu menjejas kedudukan Arteta di Arsenal.



Namun, kemenangan ke atas Norwich dan musuh sekota Tottenham Hotpur bulan lalu bermakna Arteta telah 'mencuri sedikit masa' dan diberi lebih banyak masa bagi pemilik Arsenal membawa kelab itu mendaki liga.



Malah, awal bulan lalu, Arteta diramalkan majalah bola sepak sebagai pengurus pertama akan dipecat musim ini.



RALPH HASENHUTTL

Southampton



Beliau disegani sebagai pengurus berkeupayaan, tetapi semuanya tidak menjadi bagi Hasenhuttl dan Southampton musim ini.



Pasukannya itu sekarang menduduki tangga ke-17 liga, selepas mengutip hanya empat mata daripada tujuh perlawanan.



Form mengecewakan itu meneruskan keadaan hampa musim lalu apabila Southampton hanya menang empat daripada 21 perlawanan terakhirnya.



Kehilangan pemain kreatif Danny Ings, yang berpindah ke Aston Villa pada akhir musim lalu, memburukkan keadaan bagi pengurus dari Austria ini.



Pengkritik berkata pemecatan beliau daripada Southampton sudah pasti dan hanya menunggu masa.



STEVE BRUCE

Newcastle



Di bawah kepimpinan pemilik Newcastle selama 14 tahun Mike Ashley, Bruce masih dikekalkan, walaupun pasukan bergelar Magpies ini kini menduduki tangga ke-19 selepas tewas empat kali dan seri tiga perlawanan.



Namun, nasib Bruce kini menjadi tanda tanya, selepas sebuah entiti yang disokong kerajaan Arab Saudi mengambil alih kelab itu dengan harga £305 juta ($564 juta) minggu lalu.



Satu cara pemilik baru memikat hati penyokong adalah dengan mendapatkan pengurus 'nama besar' yang diharap dapat meraih kejayaan segera bagi kelab.



Ini mungkin bermakna masa Bruce sebagai pengurus di Newcastle bakal berakhir.  




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >