Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

BADMINTON

Insyirah pertahan mahkota Terbuka Nasional

Kini bersama skuad negara bagi Kejohanan Pasukan Campuran Asia Badminton di Dubai
Feb 14, 2023 | 05:30 AM



KURANG 24 jam selepas mempertahankan mahkota perseorangan wanita Kejohanan Terbuka Nasional Hab Sukan Singapura Jumaat lalu, srikandi badminton Singapura Insyirah Khan berlepas ke Amiriah Arab Bersatu (UAE) untuk mencabar dirinya di pentas lebih besar.



Pemain berusia 21 tahun itu kini bersama skuad nasional bagi Kejohanan Pasukan Campuran Asia Badminton di Dubai, UAE, yang berlangsung dari 14 hingga 19 Februari.



Singapura, pasukan kesembilan terbaik kejohanan itu, diundi dalam Kumpulan A bersama juara bertahan China, Korea Selatan dan Uzbekistan.



Mengulas mengenai persembahannya dalam Kejohanan Terbuka Nasional, Insyirah, pemain ranking tertinggi dalam pertandingan itu, memberitahu Berita Harian beliau berpuas hati dan berasa gembira dapat kekal sebagai juara dua tahun berturut-turut.



"Perasaan kali ini berbeza daripada tahun lalu sebab tekanan terletak pada diri saya sendiri sebagai juara bertahan. Ramai pemain berhempas-pulas dan memberikan persembahan terbaik mereka untuk mendapat gelaran itu.



"Ada pasang surutnya, tetapi saya bersyukur saya berjaya meraih kemenangan," ujar bekas pelajar Sekolah Sukan Singapura itu.



Sepanjang pertandingan di OCBC Arena itu, Insyirah tidak dikalahkan dan memenangi perlawanan dalam dua set berturut-turut walaupun pun menghadapi pesaing yang lebih sukar pada pusingan separuh akhir (21-19, 21-16) dan akhir (21-16, 21-18).



Insyirah, yang mengalahkan Megan Lee pada perlawanan akhir, menambah bahawa kemenangan itu adalah perangsang baginya apabila memasuki gelanggang antarabangsa minggu ini.



"Setiap perlawanan adalah pengajaran sedang saya berusaha menemui prestasi saya dan menyesuaikan diri pada keadaan di dalam gelanggang.



"Dengan kemenangan ini, ia membantu saya memperoleh keyakinan bermain di bawah tekanan di mana saya belajar menangani dan mengharungi cabaran dalam gelanggang sendiri," kata beliau.



Dalam perseorangan lelaki, Vega Vio Nirwanda dari Indonesia menewaskan Lim Ming Hong 21-19, 21-19 untuk mengekalkan gelarannya.



Bagi Insyirah, yang menduduki tangga ke-74 dalam ranking dunia perseorangan wanita, ini akan menjadi penampilan sulungnya dalam Kejohanan Pasukan Campuran Asia Badminton.



"Saya tidak sabar hendak menentang pemain terbaik dalam kejohanan ini, supaya saya dapat menemui potensi penuh saya, belajar daripadanya dan, yang paling penting, menikmati proses ini," ujarnya.



Tahun 2022 - tahun pertamanya beraksi dalam pertandingan terbuka antarabangsa - ialah tahun membanggakan bagi Insyirah.



Beliau merangkul dua pingat gangsa dalam Sukan SEA, dalam acara pasukan wanita dan beregu wanita, pada Mei.



Tiga bulan kemudian, beliau merupakan antara anggota pasukan Singapura yang memenangi gangsa dalam Sukan Komanwel 2022 di Birmingham.



Sasarannya bagi 2023 adalah lebih tinggi, kongsi lulusan Politeknik Ngee Ann itu, yang menjadi atlet sepenuh masa sejak Mei 2022.



Ia termasuk memasuki kelompok 30 pemain terbaik wanita dunia, meraih pingat dalam acara perseorangan wanita di Sukan SEA, dan menaiki podium dalam pertandingan antarabangsa.



"Selepas beralih untuk bermain badminton sepenuh masa pada Mei 2022, saya telah berlatih dan bersaing secara intensif sepanjang tahun.



"Ia adalah persediaan yang baik kerana saya menetapkan sasaran lebih tinggi dan ingin mencapainya pada 2023," kata Insyirah, anak bekas johan badminton nasional Singapura, Abdul Hamid Khan.




Saya tidak sabar hendak menentang pemain terbaik dalam kejohanan ini, supaya saya dapat menemui potensi penuh saya, belajar daripadanya dan, yang paling penting, menikmati proses ini.



- Insyirah Khan, tentang Kejohanan Pasukan Campuran Asia Badminton.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >