Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

IOC mahu India siasat dakwaan gangguan seksual terhadap ahli gusti

Jun 01, 2023 | 03:03 PM



NEW DELHI: Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) mengutuk cara layanan ke atas ahli gusti terbaik India semasa membuat tuntutan terhadap penahanan pemimpin Persekutuan Gusti India (WFI) atas dakwaan gangguan seksual.


IOC juga menggesa agar satu siasatan terhadap dakwaan bahawa Ketua WFI, Encik Brij Bhushan Sharan Singh, telah mengganggu atlet wanita secara seksual.

Sekumpulan ahli gusti itu telah ditahan oleh polis pada Ahad ketika membuat bantahan dengan bergerak ke arah bangunan Parlimen India.

Mereka menuntut agar ketua WFI tersebut meletak jawatan dan diberkas.

Encik Singh yang merupakan seorang Anggota Parlimen (AP) berpengaruh daripada Parti Bharatiya Janata (BJP), telah menafikan dakwaan tersebut dan menuduh ahli gusti “didorong oleh desakan politik”.

Pada Selasa, beliau memberitahu pemberita bahawa polis Delhi sedang menyiasat dan akan memberkasnya sekiranya mereka menemui sebarang bukti terhadapnya.

“Biarkan siasatan dijalankan, ia kini di tangan pihak polis Delhi,” katanya.

Pemenang pingat Olimpik, Sakshi Malik dan Bajrang Punia serta juara dunia dua kali, Vinesh Phogat, merupakan antara mereka yang diberkas dan kemudian dibebaskan polis pada Ahad,

Polis turut memfailkan kes termasuk merusuh, terhadap mereka.

Gambar-gamabr tersebar menunjukkan para atlet itu ditarik dan diangkat menaiki bas sehingga menimbulkan kritikan dalam kalangan para atlet ternama selain ahli politik pembangkang. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >