Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

IOC teroka S’pura sebagai destinasi Pesta Sukan Maya Olimpik pertama

Apr 28, 2022 | 02:17 PM



SINGAPURA mungkin akan menjadi tuan rumah bagi Pesta Sukan Maya pertama Sukan Olimpik tahun depan, umum Presiden Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) Thomas Bach.



Bach, 68 tahun, kini berada di Singapura untuk satu lawatan selama sehari. Beliau tiba di sini pagi Khamis (28 April). 



Ini merupakan lawatan sulung Bach di Singapura sebagai presiden IOC. Beliau dilantik sebagai presiden IOC sejak 2013. 



Berucap di satu jamuan makan tengahari di Skai Suites di Hotel Swissotel The Stamford tengahari ini, Bach berkata IOC sedang meneroka Singapura sebagai destinasi untuk mengadakan Pesta Sukan Maya Olimpik 2023, yang dikelolakan buat julung-julung kali.



Namun, penganjuran pesta itu tertakluk kepada rundingan berkaitan kewangan bersama IOC.



Bach merupakan bekas pelawan pedang dan pemenang pingat emas Sukan Olimpik pada 1976 di Montreal. Warga Jerman itu adalah pemenang pingat emas Sukan Olimpik pertama untuk dilantik sebagai presiden IOC.



Jamuan tengahari ini turut dihadiri Naib Presiden IOC, Ng Ser Miang; Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia, Edwin Tong; Presiden Majlis Olimpik Kebangsaan Singapura (SNOC), Tan Chuan-Jin; dan keluarga Sukan Olimpik negara, yang termasuk atlet bersaing di Sukan Olimpik dan Sukan Olimpik Belia.



Ketika di Singapura hari ini, Bach akan mengunjungi Presiden Halimah Yacob di Istana. Beliau juga akan ke Kebun Bunga, di mana sekuntum bunga orkid akan dinamakan sempena beliau.



Sebatang pokok juga akan didedikasi untuknya di Gardens by The Bay.



Beliau kemudian akan bersiar-siar dengan menaiki bot di Marina Bay, diikuti dengan satu jamuan makan malam privet. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >