Iran pasukan Asia kedua mara ke pusingan akhir

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Iran pasukan Asia kedua mara ke pusingan akhir

Mar 26, 2025 | 1:17 PM

Iran pasukan Asia kedua mara ke pusingan akhir

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Pemain tengah Iran, Saman Ghoddos, meraikan keputusan seri 2-2 menentang Uzbekistan, yang bermakna mereka layak ke pusingan akhir Piala Dunia, pada 25 Mac.
Pemain tengah Iran, Saman Ghoddos, meraikan keputusan seri 2-2 menentang Uzbekistan, yang bermakna mereka layak ke pusingan akhir Piala Dunia, pada 25 Mac. - Foto EPA-EFE

DUBAI: Iran menjadi pasukan Asia kedua melayakkan diri ke Piala Dunia 2026, selepas dua kali bangkit daripada ketinggalan untuk seri 2-2 dengan Uzbekistan di Teheran pada 25 Mac.

Namun, ini sekali gus memberikan cabaran diplomatik kepada penganjur.

Iran, yang berada di kedudukan kedua tertinggi dalam kalangan pasukan Bola Sepak Asia (AFC) mengikut ranking Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa), hanya memerlukan satu mata untuk mengikuti Jepun mara ke pusingan akhir Piala Dunia di Amerika Syarikat, Canada dan Mexico.

Bagaimanapun, mereka akan menuju ke Amerika Utara sedang hubungan diplomatik tegang apabila Presiden Amerika, Encik Donald Trump, mengambil pendirian tegas dalam rundingan nuklear baru dengan Teheran.

Sebagai pendahulu Kumpulan A, Iran terpaksa bekerja keras di Stadium Azadi apabila berdepan Uzbekistan, yang semakin meningkat prestasinya, dengan Mehdi Taremi menjaringkan gol kedua Iran hanya tujuh minit sebelum perlawanan tamat untuk meraih satu mata berharga.

“Kami perlu mengucapkan terima kasih kepada penyokong kami yang memenuhi stadium hari ini, dan syukur mereka tidak pulang dengan tangan kosong,” kata kapten Iran, Alireza Jahanbakhsh.

Uzbekistan membuka jaringan pada minit ke-16 menerusi Khojimat Erkinov, sebelum penyerang Inter Milan, Taremi, menyamakan kedudukan sejurus selepas rehat.

Namun, kegembiraan pasukan Iran tidak bertahan lama apabila Abbosbek Fayzullaev kembali meletakkan Uzbekistan di depan hanya seminit kemudian.

Sekali lagi, Taremi menjadi penyelamat pasukannya dengan menjaringkan gol kedua pada lewat permainan, menewaskan penjaga gol Utkir Yusupov.

Iran kini akan membuat penampilan keempat berturut-turut di Piala Dunia dan kali ketujuh secara keseluruhan.

Taremi meluahkan rasa gembira dengan keputusan tersebut, tetapi mengakui pasukannya menghadapi “masalah taktikal” selepas dibolosi dua kali.

Uzbekistan masih berpeluang membuat penampilan sulung mereka di pusingan akhir.

Mereka kini berada di tempat kedua dengan 17 mata dan memerlukan kemenangan dalam dua perlawanan terakhir pada Jun, sama ada menentang  Amiriah Arab Bersatu (UAE) di padang lawan atau bertemu Qatar di tempat sendiri. – Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg