Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

BOLA SEPAK SETEMPAT

Irfan tolak tawaran Braga dari kelab Portugal

Aug 21, 2018 | 05:30 AM



PEMAIN muda negara berpotensi, Irfan Fandi, dilaporkan telah menolak tawaran kontrak dari kelab Portugal, Sporting Braga.



Pemain berusia 21 tahun itu telah menjalani latihan percubaan selama dua minggu di Braga bulan lalu termasuk membuat penampilan dalam dua perlawanan pramusim kelab tersebut.



Menurut laporan akhbar The Straits Times, anak sulung legenda bola sepak negara Fandi Ahmad itu telah ditawarkan kontrak "dua-campur-dua" untuk menyarung jersi pasukan Braga bawah-23 tahun.



Tawaran itu akan melihat Irfan menyertai kelab tersebut untuk tempoh dua tahun, dengan kelab itu diberi pilihan untuk menyambung kontrak pemain tersebut buat dua musim lagi.



Bagaimanapun, Irfan dan Braga dikatakan tidak dapat bersetuju mengenai syarat-syarat tertentu dalam kontrak tersebut yang tidak didedahkan.



Semasa dihubungi, Fandi mengesahkan keputusan Irfan itu, namun enggan mengulas lanjut.



Fandi, 56 tahun, yang kini memikul peranan jurulatih pasukan Singapura berkata Irfan sedang menimbangkan beberapa tawaran daripada kelab lain di rantau ini.



Bagaimanapun, besar kemungkinan beliau akan mencari peluang menyertai kelab Eropah dalam jendela pemindahan pemain Januari ini.



Difahamkan, Irfan juga telah menarik peminat kelab Thailand, Bangkok Glass selain dua kelab Chile Universidad Catolica dan Deportivo Temuco, setelah pemain itu menghabiskan dua tahun di Catolica pada 2014 dan 2015.



Bagaimanapun, Irfan telah beberapa kali melahirkan hasratnya untuk mendapatkan kontrak profesional dari sebuah kelab Eropah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >