Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Sepak Takraw

Istaf bentuk panel teliti sistem baru ranking dunia

Jan 22, 2024 | 03:29 PM



Sebuah jawatankuasa khas bakal dibentuk untuk meneliti dan menilai pelaksanaan sistem ranking dunia yang baru bagi sukan sepak takraw, kata Persekutuan Sepak Takraw Antarabangsa (Istaf).

Dalam satu kenyataan media pada 22 Januari, Istaf berkata badan dunia sepak takraw itu dan Persekutuan Sepak Takraw Asia (Astaf) akan menubuhkan sebuah jawatankuasa bersama dianggotai wakil daripada Singapura, Malaysia, Indonesia, Thailand, Korea Selatan, Brunei, Arab Saudi, Iran, Pakistan, India dan Filipina.

Mereka akan ditugaskan menilai dan menentukan kejohanan yang sesuai diberikan mata dalam sistem ranking dunia.

Setiausaha Agung Istaf Abdul Halim Kader menjelaskan bahawa tidak semua pertandingan sepak takraw anjuran ahli gabungan Istaf dan Astaf akan mendapat mata bagi sistem baru itu.

“Penetapan kejuaraan penting bagi memastikan mata untuk sistem ranking dunia memenuhi tidak hanya kualiti, malah memenuhi piawaian yang ditetapkan Istaf,” kata warga Singapura yang juga presiden Astaf itu.

Di bawah sistem baru itu, Istaf mencadangkan acara regu berpasukan, yang disertai maksimum 12 pemain, menjadi asas utama untuk menentukan pemberian mata dalam ranking dunia.

Hanya pasukan nasional akan dipertimbangkan untuk disertakan dalam sistem ranking dunia, kata Istaf.

Penyertaan pasukan nasional dalam acara regu berpasukan di kejohanan utama Istaf akan membolehkan mereka memperoleh dua mata ranking dunia.

Tiga mata pula akan diberikan kepada pasukan untuk setiap kemenangan, manakala satu mata akan ditolak bagi setiap kali mereka menarik diri daripada bersaing.

Kejohanan utama persekutuan antarabangsa itu termasuk Piala Dunia Istaf, Kejohanan Dunia Istaf, Kejohanan Sepak Takraw Istaf dan Piala Antara Enam Negara Istaf.

Satu mata diberikan kepada pasukan yang menyertai pertandingan undangan yang diiktiraf Istaf.

Pasukan akan mendapat dua mata bagi setiap kemenangan, manakala penarikan daripada kejohanan tersebut akan ditolak satu mata.

Antara pertandingan undangan yang diiktiraf Istaf adalah Piala Raja Thai, Terbuka Sepak Takraw Lancang Mekong China dan perlawanan Pra-Piala Dunia.

“Walaupun begitu, Istaf akan mendapatkan pandangan dan cadangan untuk menambah baik pelaksanaan ranking dunia untuk sepak takraw sebelum ia dilaksanakan,” kata Abdul Halim.

Kejohanan Piala Dunia Sepak Takraw 2024 di Malaysia pada 19-26 Mei akan menjadi pertandingan sepak takraw pertama menggunakan sistem ranking dunia baru.

Abdul Halim berkata penetapan sistem ranking dunia penting bagi memastikan kejohanan sukan itu memenuhi standard pungutan mata seperti yang dilaksanakan oleh badan induk sukan dunia lain.

Ketika dihubungi BH, beliau menambah: “Inilah usaha untuk mengemaskini sistem pertandingan sepak takraw supaya dapat masuk ke Sukan Olimpik. Ia akan memudahkan prosesnya kerana pasukan negara sudah ada ranking.

“Mungkin juga apabila tiba masa 30 negara ingin bermain dalam Sukan Asia Doha 2030 atau Riyadh 2034, kami dapat gunakan sistem ranking untuk menentukan negara elit dalam sepak takraw mana yang dibenarkan masuk bertanding. Negara yang corot tidak akan disertakan.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >