Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Sistem ranking diperkenal di Piala Dunia Sepak Takraw 2024

Jan 09, 2024 | 01:24 PM



KUALA LUMPUR: Kejohanan Piala Dunia Sepak Takraw 2024 di Malaysia pada 19-26 Mei akan menjadi pertandingan sepak takraw pertama menggunakan sistem ranking dunia baru, kata setiausaha agung Persekutuan Sepak Takraw Antarabangsa (Istaf), Abdul Halim Kader.


Beliau berkata pengenalan sistem ranking pada kejohanan itu adalah antara usaha bagi membolehkan sukan sepak takraw mendapat pengiktirafan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) untuk dipertandingkan dalam Sukan Olimpik, lapor Bernama dan beberapa akhbar di Malaysia.


“... mungkin selepas ini Istaf hanya membenarkan negara yang ada ranking sahaja masuk kejohanan berprestij seperti Sukan Asia, sama seperti badminton dan sukan-sukan lain.

“Ini adalah proses kemas kini bagi membolehkan mendapat pengiktirafan daripada IOC dan kalau sepak takraw masuk Sukan Olimpik, sudah ada sistem yang diperkenalkan dan tidak cacamarba. Sebab itu Piala Dunia di Malaysia ini amat penting,” kata Halim kepada pemberita selepas mesyuarat jawatankuasa induk Piala Dunia Sepak Takraw di sini pada 9 Januari.

Turut hadir pada mesyuarat itu ialah presiden Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM), Mohd Sumali Reduan.

Mengenai kejohanan Piala Dunia Sepak Takraw 2024, Halim mengatakan sekurang-kurangnya 16 negara akan mengambil bahagian dalam kejohanan berprestij itu, dengan 11 daripada mereka sudah mengesahkan slot dalam tiga acara, iaitu berpasukan, regu dan berpasangan.

Negara yang sudah mengesahkan penyertaan mereka ialah Malaysia, Thailand, India, Korea Selatan, Myanmar, China, Taipei, Vietnam, Brunei, Singapura dan Jepun.

“Penyertaan Piala Dunia Sepak Takraw ini hanya terbuka kepada pasukan lelaki sebab pertandingan bagi wanita akan berlangsung di Arab Saudi tahun depan.

“Jadi memang banyak pasukan elit akan menyertainya dan kita juga sebenarnya dapat maklum balas positif daripada Jerman, kombinasi negara-negara Eropah dan Amerika Syarikat yang juga mahu menghantar pasukan mereka.

“Tarikh tutup penyertaan pada hujung bulan ini,” katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >