Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Istaf perkenal semula kiraan 15 mata, terima cadangan sepak mula sekali

Dec 12, 2023 | 01:19 PM



Mulai 1 Februari 2024, pertandingan sepak takraw dalam semua peringkat, baik di tahap nasional mahupun antarabangsa, akan menggunakan sistem kiraan 15 mata, kata Persekutuan Sepak Takraw Antarabangsa (Istaf).

Sistem baru itu akan menggantikan kiraan 21 mata yang digunakan dalam perlawanan buat masa kini.

Keputusan itu diambil semasa satu mesyuarat jawatankuasa eksekutif Istaf pada 8 Disember.

Setiausaha agung Istaf, Abdul Halim Kader, dalam satu kenyataan pada 11 Disember, berkata: “Sistem kiraan 15 mata yang dikembalikan Istaf mampu menjimatkan tempoh perlawanan, prihatin dengan kebajikan pengadil dan menambah bilangan perlawanan dalam sehari.”

Menurut Istaf, sistem kiraan 21 mata akan memakan masa 72 minit setiap perlawanan.

Justeru, hanya 10 perlawanan yang dapat dijadualkan sehari dari pagi hingga malam.

Bagaimanapun, perlawanan yang menggunakan sistem kiraan 15 mata mengambil tempoh 41 minit dan mampu mengendalikan 17 hingga 18 perlawanan dalam sehari.

Di bawah sistem kiraan baru itu, sekiranya kedua pasukan terikat pada kedudukan 14 –14 mata, maka pasukan mana yang dapat mencapai mata ke-17 akan dikira sebagai pemenang.

Apabila perlawanan berlanjutan ke set ketiga atau pusingan tie-break pula, kededua pasukan dikehendaki membuat pertukaran petak gelanggang apabila mana-mana pasukan meraih mata kelapan dan meneruskan perlawanan sehingga ke mata penamat.


Dalam pada itu, Istaf juga telah sebulat suara menerima cadangan Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) yang menyarankan setiap pasukan hanya memperolehi satu sepak mula.

Pertarungan semasa membolehkan pasukan membuat sepak mula sehingga tiga kali.

Abdul Halim berkata: “Perubahan sepak mula ini dilihat akan memeriahkan lagi persembahan setiap permainan, sekali gus memberi semangat persaingan yang hebat dalam kalangan pemain dan pasti akan mengubah corak serta persembahan bagi setiap regu dalam pertandingan.”

Mesyuarat jawatankuasa eksekutif Istaf, yang dihadiri wakil negara anggota badan dunia itu, turut menerima dan meneliti laporan daripada jawatankuasa teknikal Istaf berhubung cadangan sistem kiraan 15 mata bagi penetapan pemberian mata dalam borang kiraan mata, antara lain.


“Istaf dengan ini akan memaklumkan perubahan dan penetapan terhadap sistem kiraan 15 mata ini kepada ahli jawatankuasa termasuk pengadil sepak takraw di seluruh dunia dalam masa terdekat,” tambah Abdul Halim.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >