Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

10 badan takraw S’pura mohon bentuk konfederasi baru

Dec 01, 2023 | 03:57 PM



Sebuah badan pentadbir baru bagi sukan sepak takraw di Singapura bakal ditubuhkan, menyusuli perlucutan Persekutuan Sepak Takraw Singapura (Perses) daripada keahlian Persekutuan Sepak Takraw Antarabangsa (Istaf).

Pada 20 November, satu gabungan sebanyak 10 persatuan sepak takraw, bersama Rangkaian Sukan Masyarakat (CSN), telah mengemukakan permohonan kepada Pendaftar Persatuan (ROS) untuk pembentukan Konfederasi Sepak Takraw Singapura.

Dalam pada itu, lima persatuan sepak takraw telah mengemukakan peletakan jawatan mereka sebagai ahli kerabat biasa Perses.

Ini termasuk Airlandsea Forwarders Pte Ltd dan Persatuan Pengadil Sepak Takraw Singapura (SRA).

Pada Selasa, Istaf mengeluarkan kenyataan mengatakan ia telah menamatkan keahlian Perses dalam persekutuan dunia itu kerana “salah laku serius dalam kepimpinan Perses”.

Pada November 2022, Persekutuan Sepaktakraw Asia (Astaf) menggantung presiden Perses, Mohd Nasri Haron, dan setiausaha agungnya, Zahid Abdul Aziz, daripada sukan itu masing-masing selama 10 tahun dan lima tahun atas tuduhan salah laku.

Nasri didakwa telah membuat kenyataan bertulis yang dianggap tidak sopan, menghina dan tidak sesuai. Beliau juga dikatakan cuba mengganggu dan atau menjejas kestabilan pentadbiran Astaf.

Zahid pula didakwa telah “secara sengaja atau dengan niat jahat, membuang atau mengeluarkan secara tidak wajar dan atau menyebabkan kerugian harta Astaf bernilai AS$9,700 ($13,176)... tanpa pengetahuan Astaf”, antara lain.

Penggantungan itu termasuk mereka dilarang terlibat dalam sebarang pengurusan atau kegiatan Perses.

Namun, pada 14 Oktober, Nasri dan Zahid menyertai Mesyuarat Agung Tahunan Perses. Malah, mereka dilantik semula sebagai presiden dan setiausaha agung Perses buat empat tahun lagi.

Perlucutan keahlian Istaf itu turut mengakibatkan Majlis Olimpik Kebangsaan Singapura (SNOC) memutuskan Perses tidak lagi layak menjadi kerabatnya.

Dalam satu e-mel kepada Berita Harian pada Khamis malam, presiden sementara Konfederasi Sepaktakraw Singapura, Mohamed Salim Ebrahim Marican, berkata matlamat utama persekutuan itu ialah mendapatkan pengiktirafan sebagai Persatuan Sukan Nasional daripada SNOC.


Bekas naib presiden Perses itu menambah: “Kami menyokong teguh usul agar SNOC menghentikan keahlian Perses sebagai Persatuan Sukan Nasional.”

E-mel itu turut mendedahkan bahawa Shamsuri Hasberi adalah setiausaha agung sementara Konfederasi Sepaktakraw Singapura.

Salim, yang mewakili Kaki Bukit CSN, bertanding bagi jawatan presiden dalam AGM Perses baru-baru ini tetapi tewas kepada Nasri.

“Selain itu, kami secara rasmi telah meletakkan jawatan kami sebagai anggota biasa Perses,” ujar Salim.

Menurutnya, lima persatuan sepak takraw sejauh ini telah menamatkan keahliannya sebagai kerabat Perses.

Perses secara rasmi mempunyai 22 kerabat dengan hak mengundi, katanya lagi.

Dalam satu e-mel berasingan yang dilihat BH, setiausaha Airlandsea Forwarders Pte Ltd, Suzalinah Saidee, telah mengemukakan surat peletakan jawatan persatuannya daripada Perses pada 25 November.


E-mel itu ditulis kepada pengurus Perses, Nur Hidayah Mohamad Zahar.

Suzlinah menyifatkan pelibatan Nasri dan Zahid dalam AGM Perses pada Oktober “bukan sahaja melanggar piawaian kelakuan yang diharapkan dalam organisasi kita tetapi juga menimbulkan kebimbangan serius tentang integriti proses pemilihan kita”.

“Kami menghargai peluang dan pengalaman menjadi ahli kerabat biasa Perses,” tambahnya.

SRA turut berbuat sedemikian pada Khamis. Setiausaha SRA, Mohammed Radhi Che Mei, dalam e-melnya kepada Nur Hidayah, berkata: 

“Kami sangat menyokong tindakan SNOC terhadap Perses untuk menghentikan keahliannya daripada SNOC seperti yang dilaporkan dalam media tempatan.”

Kededua e-mel itu juga meminta Perses mengambil semua langkah yang diperlukan bagi mengalih keluar nama dan butiran mereka daripada rekod keahliannya.

Perses pada Selasa berkata tindakan Istaf tidak berperlembagaan dan ia bercadang mengambil tindakan guaman terhadap Jawatankuasa Eksekutif (Exco) Istaf, iaitu presiden dan setiausaha agung.

Presiden Istaf, Charouck Arirachakaran, meninggal dunia pada Ogos dan tiada maklumat lanjut mengenai siapa telah dilantik menggantikan warga Thai itu.

Setiausaha agung Istaf ialah warga Singapura, Abdul Halim Kader, iaitu presiden semasa Astaf dan bekas presiden Perses.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >